Saturday, July 14, 2012

Maut cuba elak disamun

KAHERAH: Seorang pelajar Malaysia, Abdul Hafiz Mohd Norok, maut selepas terjun daripada sebuah van dalam usaha untuk menyelamatkan diri ketika cuba disamun seorang lelaki warga tempatan dalam kenderaan sewaktu mahu pulang ke rumahnya di Shoubra, di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi waktu tempatan (6.30 pagi waktu Malaysia) itu, mangsa yang juga pelajar tahun tiga Maahad Qiraat Shoubra, bakal menamatkan pengajian tahun ini, bersama seorang rakannya menaiki sebuah van untuk pulang ke rumah selepas menghadiri satu majlis perpisahan di Ahud.

Difahamkan, turut berada dalam van beberapa lelaki warga tempatan yang dalam perjalanan ke tempat sama.


Ketika berada di dalam van, seorang lelaki warga tempatan tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau sebelum meletakkannya di leher mangsa. Mangsa yang tersentak dengan perbuatan lelaki itu yang cuba mengancam nyawanya sempat melawan sebelum bertindak nekad terjun daripada van yang sedang bergerak laju dalam usaha menyelamatkan diri.

Tindakan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala hingga tidak sedarkan diri.

sumber- HMetro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...