Saturday, July 14, 2012

6 peralatan untuk mengesan hantu

Kit pemburu hantu
Zaman seekarang, kita dapat melihat banyak drama atau filem berkisarkan tentang hantu yang ditayangkan di kaca televisyen mahupun pawagam. Tidak kurang juga dengan dokumentari mengenai pemburu hantu baik di dalam negara mahupun di luar negara. Kumpulan penyelidik dan pemburu hantu yang terdiri daripada golongan profesional dan amatur juga dilihat semakin bertambah dari masa ke semasa menyebabkan hantu-hantu tersebut tidak senang duduk kerana segala pergerakan mereka kini diawasi oleh golongan tersebut. Berikut merupakan beberapa peralatan terbaik dan canggih yang digunakan untuk melihat dan mengesan hantu. Kepada hantu-hantu diluar sana adalah dinasihatkan supaya tidak berkeliaran selepas jam 7 malam.


Alarm Motion Sensors


Alat ini boleh mengesan apa saja pergerakan di sekelilingnya dan ia akan berbunyi setelah mengesan sesuatu.


Digital Voice Recorders 


Alat ini akan merekod sebarang bunyi atau EVP(electronic voice phenomena) di sekelilingnya.


EMF Detector


Electromagnetic Field Detector atau EMF merupakan peralatan yang penting kerana ia dapat mengesan dan menjejaki sumber tenaga yang mengalami gangguan akibat kehadiran hantu.



K2 Meter


Alat ini digunakan untuk mengukur cas elektromagnetik di udara yang dikatakan akan berubah apabila mengesan kehadiran hantu.


Infrared Laser Thermometer


Alat ini dapat mengukur suhu apabila ia dihalakan pada sesuatu objek. Perubahan suhu yang turun 10 darjah Celcius secara mendadak juga dikatakan berpunca daripada kehadiran hantu.


Night Vision Camera 


Alat ini berkeupayaan untuk melihat atau mengambil gambar yang jelas dalam keadaan atau persekitaran yang sangat gelap.

sumber- kejadianmisteriparanormal

4 comments:

  1. Hahaha hantu tu pun masa ni dah tak larat nak buat keja nyakat orang sebab skrg ni manusia lak yg sibuk2 cari hantu. Lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hantu dah x larat main sorok2... dulu nyakat org, org lari... skrg hantu nyakat org lagi la kena buru...

      Delete
  2. pergh..zaman canggih skunk sume ad ek . molep benor la baca taim tgh2 malam ni .huhu silap taim lak masuk belog ni..hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...