Saturday, July 14, 2012

Terancam kerana coli

Terancam kerana coli
Katy Perry
SETIAP kali berada di pentas, penyanyi, Katy Perry tidak pernah sunyi dari memperagakan gaya dan keunikan pakaiannya termasuk coli unik berbentuk dua kipas kecil di bahagian dadanya.

Namun, dalam sorakan penonton yang teruja dengan penampilan itu, ternyata Perry terpaksa berhadapan dengan bahaya akibat coli itu.

Sebelum ini, pelantun lagu Last Friday Night itu pernah dinasihatkan agar mengganti trademarknya kepada cara yang tidak membahayakan.

“Saya pernah dinasihati pihak insurans kerana mereka khuatir leher saya cedera. Namun, saya masih ragu-ragu untuk menggantikannya walaupun mereka telah mencipta coli baru yang tidak akan menjerat rambut.



“Memang coli yang berputar itu sering menjadi gangguan persembahan, rambut saya selalu tergulung pada roda coli itu. Namun saya rasa, ia karya seni yang luar biasa,” katanya.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...