Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Saturday, July 21, 2012

Jurujual mati ditembak ketika tunggu isteri pulang

SEGAMAT - Seorang pekerja sebuah syarikat jualan langsung mati ditembak seorang lelaki tidak dikenali ketika dia sedang menunggu isterinya pulang daripada bekerja di sebuah pusat hiburan di Bandar Utama di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 pagi itu, mangsa Asnar Yunus, 28, dari Felda Palong Timor mati setelah terkena tiga das tembakan yang dilepaskan oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta bersama beberapa orang lagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat Supt Md Anuar Ismail berkata mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk, tengkuk, serta bawah telinga kiri menyebabkan mangsa mati ditempat kejadian.

"Mangsa ketika itu sedang menunggu isterinya dalam sebuah kereta berhampiran dengan sebuah kedai serbaneka apabila datang sebuah kereta menghampiri kenderaan mangsa.

"Salah seorang penumpang dalam kereta itu telah melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa menyebabkan mangsa mati ditempat kejadian," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Md Anuar berkata, polis sudah mengenal pasti individu yang dipercayai dapat membantu siasatan dalam kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, katanya setakat ini polis masih menyiasat motif sebenar pembunuhan tersebut.

Difahamkan, ini adalah merupakan kejadian tembak ketiga di daerah ini dalam tempoh tidak sampai dua bulan.

Dalam kejadian pertama pada 12 Jun lalu, seorang ahli perniagaan mati ditembak dari jarak dekat oleh lelaki bermotosikal ketika mangsa sedang mengisi minyak di sebuah stesyen minyak di Jalan Genuang.

Manakala pada 23 Jun lalu pula, dua orang suspek melepaskan empat das tembakan ke atasa seorang pemandu trak penunda menyebabkan mangsa mengalami cedera dalam kejadian di Bandar Baru.

sumber- Bernama

Adun Pelagus selamat

adun pelagus selamat
Sepasukan anggota bomba dan penyelamat menjalankan operasi masih mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa yang masih hilang sekitar muara Batang Lupar dan sekitarnya dalam satu
KUCHING - Anggota Dewan Undangan Negeri Pelagus George Lagong, yang pada mulanya disangka menaiki helikopter jenis Eurocopter EC 120 yang terhempas bersama empat orang, termasuk juruterbangnya, berhampiran muara Sungai Lingga di Sri Aman awal hari ini, berada dalam keadaan selamat.

Lagong berkata beliau sering menaiki helikopter milik Sebiro Holdings itu, yang pemiliknya mempunyai hubungan rapat dengan beliau melalui ikatan keluarga dan politik.

"Syukur kepada Tuhan, saya berada dalam keadaan selamat di Kapit dan berharap kesemua tiga penumpang yang masih hilang, akan ditemui dalam keadaan selamat," kata timbalan presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) itu kepada Bernama di sini.

Juruterbang berbangsa Jerman dikenali sebagai Rico Steger, 35, diselamatkan nelayan tempatan.

Bagaimanapun, nasib tiga penumpang lagi, dikatakan seorang jurutera dan dua juru perunding syarikat itu, yang menaiki helikopter berkenaan dari sini bagi membuat penilaian tentang satu projek di Nanga Merit dekat Kapit, masih belum diketahui.

Lagong berkata beliau yakin penuh dengan kecekapan Steger sebagai juruterbang kerana kebolehannya terbukti ketika mengendalikan helikopter dalam cuaca buruk dalam satu penerbangan rasmi ke Long Busang, Belaga, baru-baru ini.- Bernama

sumber-Sinar

Kerang terbesar di dunia


Seorang lelaki di California Selatan, Amerika Syarikat (AS) menemui seekor kerang raksasa setelah membuat pencarian selama bertahun lamanya.

Akhbar tempatan, Eureka Times-Standard melaporkan Richard Mesce menemui kerang yang berukuran 33 cm dan lebarnya 15 cm.

Penemuan luar biasa ini adalah di dasar Teluk Humboldt. Mengikut perkiraan, kerang tersebut berusia 80 tahun. Kerang tersebut dibawa ke pusat kajian hidupan laut Humboldt State University untuk diukur secara rasmi. Ianya hendak di daftarkan ke dalam rekod dunia, Guiness World Records. Sebelum ini, rekod kerang terbesar yang di catat oleh Guiness adalah 30x14 cm.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...