Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Saturday, July 21, 2012

Helikopter terhempas di Sarawak, nasib 3 mangsa belum diketahui

KUCHING - Nasib tiga lagi mangsa nahas helikopter yang terhempas di muara Sungai Lingga, Sri Aman pagi tadi masih belum dapat dipastikan setakat pukul 11 malam ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, setakat ini tiada perkembangan terbaru berhubung operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang dalam kejadian itu.

"Tiada perkembangan terbaru...kita akan sambung semula gerakan mencari dan menyelamat esok," katanya kepada Bernama. 

Mangsa yang masih hilang ialah Peter Ato Mayam, Siti Khuzaimah Annuar dan Hanry Low manakala juruterbangnya warga Jerman, Rico Steger terselamat.

Sebuah helikopter jenis Eurocopter EC 120 dipercayai milik seorang ahli korporat tempatan dilaporkan terhempas dekat Muara Sungai Lingga pagi ini.

Menurut laporan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada pukul 8.57 pagi dan dalam perjalanan ke Nanga Merit, Kapit.

sumber- Bernama

Dipenjara 12 tahun jerut leher pelacur guna selendang

SHAH ALAM - Seorang pelacur dan pemandu lori dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lagi pelacur yang dijerut di leher dengan selendangnya, empat tahun lepas.

Hakim Nurchaya Arshad memerintahkan V Mareiyama, 30, dan J Sanmugam, 31, menjalani hukuman itu berkuatkuasa daripada tarikh mereka ditangkap, iaitu Mareiyama pada 19 Julai 2008 dan Sanmugam pada 20 Julai 2008.
Kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama menyebabkan kematian L Kamala, 49, di rumah No: 41-3 Blok C, Jalan PJS 3/46, Taman Sri Manja, Petaling Jaya, kira-kira pukul 4 petang pada 16 Julai 2008.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh juga didenda.

Kedua-dua tertuduh sebelum ini dibicarakan atas tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, selepas tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan, pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dan kedua-dua tertuduh menukar pengakuan mereka kepada bersalah.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian kedua-dua tertuduh telah pergi ke rumah Kamala bertujuan untuk menyamun mangsa di mana Mareiyama telah mengenali mangsa selama dua tahun semasa kedua-duanya bekerja sebagai pelacur di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Terdahulu, peguam Jagdish Kaur yang mewakili Mareiyama memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan anak guamnya terdorong melakukan perbuatan itu disebabkan tidak mempunyai pendapatan yang stabil.

Beliau berkata tertuduh juga tidak berniat untuk menyebabkan kematian mangsa dan hanya mengetahui mangsa telah meninggal dunia selepas dimaklumkan oleh pihak polis.

"Anak guam saya memohon supaya diberi peluang untuk kembali kepada tiga anaknya yang kini ditempatkan di rumah anak yatim dan dia juga berasa amat sedih serta menyesal atas kematian rakannya itu," katanya.

Peguam V.Rajehgopal yang mewakili Sanmugam juga memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan anak guamnya yang turut mempunyai tiga orang anak telah menerima hukumannya apabila masyarakat menggelarkan anak-anaknya 'keluarga banduan' manakala bapa tertuduh digelar 'bapa banduan'.

Timbalan Pendakwa Raya Zainal Azwar Kamaruddin yang mengendalikan pendakwaan pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira keseriusan kesalahan itu dan sebagai pengajaran kepada masyarakat agar tidak melakukan kesalahan yang sama.

sumber-Bernama

Penuntut UMP maut langgar lori buat pusingan U

KUANTAN - Seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya melanggar sebuah lori yang sedang membuat pusingan 'U' di KM 13 Jalan Kuantan-Kemaman, dekat Batu Hitam di sini, malam tadi.

Pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal itu, Muhammad Faiz Nor Mohd Fozi, 23, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, kemalangan berlaku pada 11.45 malam ketika mangsa dalam perjalanan dari Kemaman menghala ke Kuantan.

"Sampai tempat kejadian, dipercayai mangsa gagal mengelak lalu melanggar bahagian hadapan sebelah kanan lori terbabit yang sedang membuat pusingan 'U' menghala ke Kemaman," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.

sumber- Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...