Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Wednesday, August 1, 2012

Indonesia 'eksport' jerebu lagi

faktor yang menyebabkan berlakunya jerebu
PEMANDANGAN sekitar ibu negara hampir hilang daripada pandangan akibat dilanda jerebu teruk semalam.
KUALA LUMPUR – Keadaan jerebu di beberapa kawasan di seluruh negara menjadi semakin buruk semalam dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Pelabuhan Klang mencatat bacaan 109 iaitu pada tahap tidak sihat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Udara Jabatan Alam Sekitar (JAS), Mashitah Darus berkata, bacaan IPU dari 51 buah stesen pengawasan kualiti udara yang direkodkan semalam bagaimanapun mencatatkan 36 kawasan berada pada tahap sederhana manakala 14 kawasan berada pada tahap baik.

“Kami dapati tiada pembakaran terbuka berlaku dalam negara dan tidak menolak punca utama masalah jerebu yang melanda dipengaruhi oleh angin Monsun Barat Daya.

“Ia bertiup dari kawasan titik panas atau kawasan berlakunya pembakaran terbuka yang tidak terkawal di Sumatera, Indonesia sehingga menyebabkan kemerosotan kualiti udara di kawasan pantai barat Semenanjung terutamanya di kawasan Pelabuhan Klang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

sumber- Kosmo

Imigran Afrika ditikam di Tel Aviv

SALAH seorang imigran Afrika yang cedera ditikam terbaring di atas usungan.
SALAH seorang imigran Afrika yang cedera ditikam terbaring di atas usungan.
TEL AVIV - Seorang penyerang yang dipercayai warga Israel menikam tiga lelaki Eritrea di sebuah kedai video di selatan Tel Aviv semalam.

Polis berkata, serangan itu pada awalnya dianggap sebagai satu serangan perkauman.

"Semua tiga orang yang telah ditikam itu dihantar ke hospital," kata jurucakap polis, Mickey Rosenfeld.

Menurutnya, ketiga-tiga lelaki itu dari Afrika mengalami cedera ringan.

Beliau berkata, suspek yang menikam ketiga-tika lelaki itu kini diburu polis.

Kedai video itu milik warga Eritrea.

Menurutnya, pihak polis menyoal beberapa saksi dan memeriksa rakaman video menerusi rakaman kamera tertutup.

Seorang saksi memberitahu bahawa penyerang itu kelihatan seperti penduduk Israel.

Rosenfeld berkata, berdasarkan siasatan awal, serangan tersebut bermotifkan jenayah kebencian.

Bilangan imigran haram yang semakin ramai sejak beberapa bulan lalu telah menyebabkan berlaku kejadian membakar dengan sengaja ke atas kedai-kedai milik warga dari Afrika di Tel Aviv dan Baitulmuqaddis.

Pada Mei lalu, satu tunjuk perasaan antiimigran di selatan Tel Aviv telah menyebabkan para penunjuk perasaan merosakkan kedai-kedai yang dikendalikan warga Afrika.

Kumpulan penunjuk perasaan itu menjerit perkataan yang menghina imigran Afrika dengan meminta mereka keluar dari Israel.

Perangkaan Israel mendapati terdapat kira-kira 60,000 penduduk Afrika di Israel yang tinggal secara haram.

Kebanyakan imigran Afrika itu datang dari Sudan dan Eritrea.

Ramai antara mereka tinggal di selatan Tel Aviv.

Pada 10 Jun lalu, pihak imigresen Israel melancarkan operasi memerangi imigran haram dari Afrika. 

sumber- AFP

Wanita minta ditangkap semasa panjat pagar penjara di AS

Tiffany R. Hurd

HAMILTON, Ohio - Polis di sini bingung memikirkan punca seorang wanita, Tiffany R. Hurd (gambar) cuba menceroboh masuk ke dalam sebuah penjara.

Hurd turut memberitahu anggota-anggota pihak berkuasa supaya menangkapnya semasa dia cuba memanjat pagar penjara itu.

Beberapa anggota pejabat Syerif daerah Butler menangkap wanita itu, Hurd, 36, pada pagi Ahad lalu selepas dia dilihat cuba memanjat pagar untuk masuk ke dalam sebuah penjara tersebut di Hamilton, dekat Cincinnati, Amerika Syarikat (AS).

Kejadian berlaku selepas seorang staf penjara meminta Hurd supaya meninggalkan kawasan tersebut tetapi dia memberitahu mereka supaya menangkapnya.

"Kami tidak dapat memujuknya supaya meninggalkan kawasan penjara," kata seorang anggota polis, Sarjan Monte Mayer.

Menurutnya, wanita itu ditangkap selepas dia kembali cuba memanjat pagar penjara selepas diminta tidak melakukan perbuatan tersebut.

"Impiannya menjadi kenyataan," kata Mayer.

Beberapa anggota polis menyatakan, Hurd didapati berada dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Hamilton, Syerif Richard Jones berkata, dia terkejut dengan tindakan Hurd.

"Saya tahu ekonomi negara kini teruk tetapi saya tidak fikir ia begitu teruk sehingga seseorang tergamak untuk masuk ke dalam penjara secara sukarela," katanya.

Hurd ditahan dengan ikat jamin sebanyak AS$2,500 (RM7,831)

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...