Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Saturday, August 11, 2012

'Mak, ular patuk saya'

the snake
gambar hiasan

TEMERLOH: “Saya sungguh tidak sangka apabila anak mengatakan dia dipatuk ular itu kerana saya sangka dia bergurau berikutan sebelum ini banyak bercakap perkara bukan-bukan seperti telinga digigit biawak dan binatang menjalar termasuk cacing adalah ular,” kata Seri Junaida Husin, 37, ibu kepada mangsa patukan ular tedung selar, Ahmad Danny Fitri Zainor Hisham, 4.

Seri Junaida berkata, ketika kejadian dia sedang berehat dalam rumah manakala Ahmad Danny bermain seorang diri di luar rumah mereka di Felda Jengka 3, Maran pada jam lebih kurang 11 pagi, Isnin lalu. Katanya, selepas itu Ahmad Danny masuk ke dalam rumah dan memberitahu dia dipatuk ular di kaki namun saya tidak mengendahkannya kerana dia bersikap selamba tanpa menunjukkan rasa sakit.

“Namun, saya mengesyaki sesuatu apabila Abang Chik (Ahmad Danny) muntah-muntah dan wajahnya pucat serta tidak bermaya beberapa minit selepas itu.

“Saya terus memeriksa kakinya dan mendapati terdapat dua kesan gigitan ular di jari tengah kaki kirinya,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), di sini, kelmarin.

Menurutnya, selepas itu dia meminta dua anaknya yang lain mencari ular terbabit dan mereka menemui seekor ular dipercayai anak tedung selar sepanjang kira-kira 1.5 meter sedang berlingkar di bawah pokok.

Selepas itu, Seri Junaida menghubungi suaminya Zainor Hisham Ahmad , 34, yang bertugas sebagai pembantu perkhidmatan pembersihan di Hospital Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, sebelum Ahmad Danny dikejarkan ke hospital terbabit sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hoshas pada Isnin lalu.

“Keadaan Abang Chik sudah agak stabil dan kini kembali ceria walaupun bengkak pada kakinya belum berkurangan.

“Lebam kehitaman pada kaki sudah hilang namun doktor masih mahu memantau keadaannya kerana kakinya terpaksa dibedah jika ada nanah pada bahagian itu,” katanya. 

sumber- HMetro

Manusia pertama yang mempunyai tatu di bebola mata

tattoo on eye

Seorang lelaki Toronto telah menjadi manusia pertama yang mempunyai tatu di bebola mata. Dia telah menjadikan bahagian putih matanya menjadi biru.

Tatu di bahagian kornea biasanya digunakan untuk pesakit yang mengalami trauma mata, bukan untuk perkara seperti ini, yang disebut pengubahsuaian tubuh.

Lelaki ini memerlukan 40 suntikan dakwat biru sepanjang prosedur dijalankan. Warna disuntik di bawah lapisan mata menggunakan jarum suntikan. 

Pada awalnya, mereka telah cuba menggunakan jarum tradisional dengan dakwat di atasnya, tetapi oleh kerana dakwat tidak tahan, mereka beralih ke arah teknik suntikan

Lelaki ini mengatakan tiada masalah yang berlaku cuma merasa terdapat bendasing di matanya.

tattoo on eye

Britain bantu pemberontak Syria

KEPULAN asap akibat bedilan tentera Syria dilihat beberapa orang di daerah Shaar, utara Aleppo kelmarin.
KEPULAN asap akibat bedilan tentera Syria dilihat beberapa orang di daerah Shaar, utara Aleppo kelmarin.
LONDON - Britain akan menghantar bekalan bukan senjata bernilai £5 juta (RM24.29 juta) kepada kumpulan pemberontak yang menentang rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad, kata Setiausaha Luar, William Hague semalam.

"Ekoran ketiadaan perkembangan proses diplomatik, United Kingdom akan menghantar bantuan lebih banyak lagi. Kami akan meningkatkan sokongan kami terhadap penduduk Syria dan pihak penentangan politik dengan tambahan bantuan dalam bentuk bukan persenjataan," katanya.

Menurutnya, bantuan tersebut akan membantu untuk melindungi kumpulan-kumpulan penentangan, para aktivis hak asasi dan orang awam," tambahnya.

Bantuan tersebut akan turut melibatkan peralatan teknikal, radio dan bekalan perubatan.

Seorang jurucakap Pejabat Luar Britain mengesahkan bahawa kerajaan British akan mengadakan pertemuan politik dengan pihak Tentera Pembebasan Syria.

Menurut beberapa aktivis hak manusia, seramai 20,000 orang telah terbunuh dalam konflik di Syria yang bermula pada Mac tahun lalu.

Penduduk di negara itu bangkit menentang pemerintahan Bashar yang dianggap tidak melakukan pembaharuan dalam bidang pentadbiran dan korup.

Pertempuran di negara tersebut melibatkan para pemberontak dengan tentera Syria.

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...