Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, August 21, 2012

Lagi teruk jika sedar

Lagi teruk jika sedar

KUALA LUMPUR: Bagi pasangan suami isteri, Mat Zaki Hussin, 45, dan Norliyati Hamid, 41, sambutan Aidilfitri tahun ini semakin pilu kerana anak mereka Nurul Firzanah, 16, yang dibakar teman lelaki pada 13 Ogos lalu bukan saja masih koma, malah doktor memaklumkan dia akan kekal begitu sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan akan datang.

“Kata doktor, Nurul hanya akan terjaga daripada koma dalam tempoh tiga hingga enam bulan daripada sekarang. Nurul akan bertambah teruk dan sakit jika dia sedar daripada koma dalam masa terdekat ini.

“Disebabkan itu, doktor terpaksa memberinya ubat pelali supaya tidak berasa sakit,” kata Mat Zaki yang ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari raya pertama, kelmarin.

Nurul Firzanah mengalami kesan melecur lebih 25 peratus di seluruh tubuh terutama di bahagian muka akibat disimbah petrol sebelum dibakar teman lelakinya selepas mereka bertengkar dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju.

sumber- HMetro

Dugaan Aidilfitri

MARAK...angota bomba dan penyelamat memadam kebakaran yang melibatkan sembilan buah rumah.
MARAK...angota bomba dan penyelamat memadam kebakaran yang melibatkan sembilan buah rumah.
SIBU: Kegembiraan menyambut Syawal kepada 90 penghuni sembilan rumah di Kampung Nangka, di sini, berakhir dengan kesedihan apabila rumah mereka terbakar awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, lima rumah penduduk terbabit musnah manakala empat lagi terbakar sebahagian dan kejadian dipercayai berpunca daripada pelita minyak tanah yang diletakkan di keliling rumah. 

Difahamkan, kebanyakan mangsa nyenyak tidur ketika kejadian dan tidak menyedari api menyambar rumah mereka, menyebabkan ramai hanya sempat menyelamatkan diri manakala barangan lain musnah.

Seorang penduduk, Ashgar Jahan, 50, berkata, dia menyedari kejadian itu apabila mendengar suara riuh rendah jiran menjerit agar penduduk menyelamatkan diri.

Menurutnya, dia terkejut apabila melihat api menjulang tinggi dan sudah memusnahkan dua rumah. 

“Saya mengejutkan ahli keluarga yang tidur supaya keluar menyelamatkan diri dengan membawa dokumen penting,” katanya. 

Menurutnya, kebanyakan mangsa panik dan mereka hanya sempat menyelamatkan diri manakala banyak barangan rumah dan segala kelengkapan menyambut Aidilfitri musnah.

“Api mungkin berpunca daripada pelita minyak tanah yang dipasang di sekeliling rumah atau litar pintas, kami tidak mendengar sebarang letupan, sebaliknya hanya melihat api merebak cepat. 

“Kami bersyukur tindakan pantas berjaya menyelamatkan nyawa penduduk walaupun Aidilfitri tahun ini berakhir dengan tragedi,” katanya ketika ditemui.

Menurut Ashgar, mangsa kebakaran kini menumpang di rumah saudara-mara sementara menunggu bantuan. 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Mutalif Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.52 pagi sebelum jentera pertama tiba di lokasi kejadian. 

Katanya, api marak dengan cepat berikutan cuaca kering dan struktur rumah dibina daripada kayu selain jarak antara rumah yang terlalu rapat. 

“Satu jentera sokongan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah dan tujuh anggota turut dikejarkan ke lokasi dengan api dapat dikawal daripada merebak pada jam 5.22 pagi. 

“Kita terpaksa mengepam air dari Sungai Rajang sebelum api dapat dipadam sepenuhnya pada jam 6.45 pagi dan tiada kecederaan dilaporkan,” katanya katanya ketika ditemui . 

Punca kejadian serta nilai kerugian masih dalam siasatan bomba.

sumber- Hmetro

Sambut raya di tepi kubur

BANTU IBU...Putri Nursakirah (kiri) melayan pelanggan memilih bunga di gerainya.
BANTU IBU...Putri Nursakirah (kiri) melayan pelanggan memilih bunga di gerainya.
JOHOR BAHRU: Ketika rakan sebaya teruja menyambut ketibaan Aidilfitri, dua beradik dari Kempas, di sini, rela mengetepikan keinginan bersuka ria demi membantu ibu bapa mencari rezeki.

Putri Nursakirah Mohd Safari, 15, dan Mohd Safizan, 12, berkata, sejak kecil hingga sekarang mereka mengikut ibu bapa berniaga bunga hidup untuk dijadikan hiasan di pusara.

Putri Nursakirah berkata, dia diajar berniaga sejak berusia lapan tahun, justeru ia menjadi rutin tahunannya.

“Saya bukannya tidak teringin menyambut Aidilfitri seperti rakan lain, tetapi sedar kami bukannya orang senang, jadi saya lebih rela membantu ibu bapa berniaga pada hari raya di tanah perkuburan Islam di sini bagi menambah pendapatan keluarga.

“Setiap tahun, saya tidak pernah ambil kisah pakaian raya mahu pun sambutan hari raya.

“Apa yang ada saya pakai, kerana bagi saya paling penting ialah menunaikan tanggungjawab membantu ibu menjual bunga di mana-mana tanah perkuburan di Johor Bahru,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, di sini, semalam.

Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, pada pagi 1 Syawal, mereka bangun seawal jam 4 pagi bagi membantu ibu berniaga sehingga Aidilfitri ketujuh, kerana ketika itu masyarakat meluangkan masa menziarah pusara keluarga dan sanak saudara.

“Biasanya permintaan bunga masih banyak sehingga hari raya ketujuh dan kami boleh mengaut keuntungan hampir RM100 sehari,” katanya.

Mohd Safizan berkata, selain menjual bunga, dia dan ibu bapa turut menambah pendapatan keluarga membersihkan pusara terbiar dengan upah RM10 bagi sebuah pusara.

“Saya tidak pernah malu melakukan tugas mulia itu,” katanya.

Saya berbangga kerana bukan saja dapat membantu orang tua, malah pada masa sama menerima upah hasil usaha dilakukan,” katanya.

sumber- HMetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...