Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, September 25, 2012

Pakaian dan kasut Imelda Marcos terbiar

Imelda Marcos
GAMBAR yang dirakamkan pada 19 September lalu menunjukkan sejumlah kasut yang pernah dipakai Imelda di Muzium Nasional Filipina.
MANILA - Beberapa pegawai muzium Filipina menyatakan, mereka tidak pasti apa yang hendak dilakukan dengan sejumlah besar pakaian dan kasut peninggalan bekas Wanita Pertama, Imelda Marcos (gambar) dan suaminya, Ferdinand Marcos yang pernah menjadi presiden.

Marcos digulingkan ekoran kebangkitan rakyat Filipina pada tahun 1986.

Menurut pegawai muzium, beberapa koleksi pakaian dan kasut itu berada dalam keadaan terbiar sejak lebih dua dekad lalu.

Muzium Nasional Filipina memberitahu, pihaknya menimbang untuk mempamerkan beberapa gaun Imelda tetapi tidak dapat membuat keputusan segera ekoran isu Marcos masih dianggap sensitif di negara berkenaan.

Pada masa yang sama, muzium tersebut mengesahkan laporan agensi berita AP bahawa sebahagian pakaian dan kasut milik Imelda rosak dalam hujan monsun pada bulan lalu.

Beberapa pegawai muzium berkata, sebahagian gaun dan kasut koleksi legenda Imelda rosak kerana berada dalam keadaan terbiar, hujan dan dimakan anai-anai. 

sumber- AP

Penumpang monorel terkandas di Sydney

monorel rosak
SEBUAH kren digunakan untuk menyelamatkan penumpang yang terkandas.
SYDNEY - Pekerja-pekerja penyelamat menggunakan beberapa buah kren untuk menyelamatkan para penumpang yang menaiki monorel di Pasar Paddy di sini ekoran gangguan bekalan elektrik, lapor media Australia semalam.

Menurut agensi berita Xinhua yang memetik laporan Perbadanan Penyiaran Australia, kira-kira 80 orang diselamatkan pada waktu tengah hari.

Para penumpang kemudian menjalani pemeriksaan kesihatan ekoran masalah kehilangan air dalam badan dan trauma.

Namun, tiada laporan tentang kecederaan serius setakat ini.

Beberapa penumpang yang bimbang mula panik selepas mereka terpaksa menunggu semasa suhu panas selepas sistem penyaman udara tidak berfungsi.

Mengulas insiden tersebut, syarikat pembekal tenaga di sini, Ausgrid memberitahu, bekalan elektrik berjaya dipulihkan selepas kabel elektrik bawah tanah selesai dibaiki. 

sumber- Bernama

Bergaduh dalam kilang keluar produk Apple

Foxconn
Beberapa pekerja membersihkan bilik pengawal yang rosak semalam akibat pergaduhan melibatkan 2,000 orang pekerja di kilang Foxconn. - REUTERS
BEIJING - Syarikat Foxconn yang mengeluarkan produk keluaran syarikat Apple dan beberapa firma elektronik lain menutup sebuah kilang di China semalam ekoran insiden pergaduhan melibatkan 2,000 orang pekerjanya, kata beberapa pegawai.

Sekitar 40 orang cedera dalam pergaduhan yang berlaku di kilang Foxconn, di Taiyuan pada pukul 11 malam kelmarin.

Syarikat induk Foxconn, Hon Hai memberitahu, pergaduhan tersebut berjaya dikawal oleh polis.

Beberapa gambar berkaitan insiden tersebut kemudian disiarkan di internet.

Imej-imej itu menunjukkan tingkap-tingkap sebuah bangunan pecah dan sebuah kereta polis berada dalam keadaan terbalik.

"Fasiliti ini akan dibuka semula esok," kata jurucakap Hon Hai, Simon Hsing.

Foxconn yang merupakan pengeluar komponen komputer terbesar di dunia, memasang produk untuk Apple, Sony dan Nokia selain beberapa firma lain.

Kenyataan yang sama memberitahu, pergaduhan itu bermula dengan pertikaian peribadi melibatkan beberapa pekerja di sebuah asrama kilang berkenaan yang terletak dalam wilayah Shanxi. 

sumber- AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...