Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Saturday, September 1, 2012

Maria Sharapova putus tunang

Maria Sharapova
Pemain tenis dunia dari Rusia, Maria Sharapova bersama bekas tunangnya, bekas pemain Laker, Sasha Vujacic.
PEMAIN tenis dunia dari Rusia, Maria Sharapovaberkata, hubungannya dengan tunang, bekas pemain Laker, Sasha Vujacic sudah pun berakhir.

Sharapova menjelaskan, “saya sudah putus(pertunangan) sejak awal tahun ini.”

“Saya sebenarnya menunggu seseorang untuk bertanya mengenai perkara itu (putus tunang) tetapi tiada seorang pun yang berbuat demikian,” katanya.

Sharapova turut menjelaskan punca perpisahan mereka adalah disebabkan kesibukan karier kedua-dua mereka selain Vujacic berhijrah ke Turki untuk bermain dengan sebuah kelab dinegara itu.

“Kesibukan di antara kami berdua menjadi penyebab kenapa hubungan ini tidak dapat dipertahankan, ada satu masa, kami hampir 10 bulan tidak berjumpa disebabkan komitmen karier Vujacic di Turki,” katanya.

Di sebalik perpisahan itu, Sharapova tetap menghormati Vujacic dan berharap kedua mereka akan terus kekal sebagai kawan.

Laporan sebelum ini menyebut Sharapova dan Vujacic sudah merancang untuk berkahwin November ini di Turki.

Walaupun berdepan dengan masalah percintaan, tetapi prestasi Sharapova dalam bidang sukan masih terus membanggakan. 

Terbaru dia memenangi pertandingan Terbuka Perancis dalam misinya untuk melengkapkan kejuaraan Grand Slam. 

sumber- Sinar

Unik! Singapura sedia garaj dalam rumah

Kereta mewah diangkut menggunakan lif khas.
Kereta mewah diangkut menggunakan lif khas.
SINGAPURA - Pemilik rumah apartmen atau kondominium sering mengalami masalah untuk mermakir kereta mewah mereka kerana khuatir ia mungkin akan menjadi objek vandalisme pihak tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, penduduk di Singapura tidak lagi akan menghadapi masalah itu kerana sebuah apartmen eksklusif 30 tingkat yang menelan kos antara 6 juta pound (RM30 juta) dan 15 pound (RM74 juta) telah siap menyediakan garaj di dalam kediaman mereka.

Apartmen Hamilton menyediakan garaj di dalam kediaman penduduk.
Apartmen Hamilton menyediakan garaj di dalam kediaman penduduk.
Penduduk apartmen Hamilton Parks tersebut boleh menggunakan lif khas untuk mengangkut kereta mereka ke rumah di tingkat masing-masing.

Sebanyak 56 unit apartmen termasuk beberapa kemudahan lain juga disediakan di bangunan pencakar langit yang terletak di Jalan Orchard itu.

Setiap rumah dilengkapi garaj yang boleh memuatkan dua kereta dalam satu masa manakala penthouse pula menyediakan saiz garaj dua kali ganda lebih besar.

sumber- Sinar

Orang awam serang polis

polis dipukul orang awam
Zakaria (tengah) menunjukkan kesan calar dan lebam di tangan Ammar Rusli (kanan) disaksikan Pegawai Penyiasat IPD Jerantut, Inspektor A. Ramunaidu (kiri) pada sidang media, semalam
BANDAR JERANTUT – Seramai 10 lelaki berusia antara 19 hingga 26 tahun diberkas Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut dipercayai menghalang dan memukul seorang anggota polis yang bertugas dalam kejadian di Taman Seri Damak, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Jerantut, Zakaria Kassim berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 11.30 malam pada 27 Ogos lalu melibatkan mangsa yang juga anggota iaitu Lans Koperal Ammar Rusli yang bertugas di Pondok Polis Damak.

Menurutnya, kejadian berlaku berpunca daripada perasaan tidak puas hati kumpulan pemuda dianggarkan 30 orang yang melepak di Taman Sri Damak, diarahkan bersurai oleh anggota terlibat berikutan mereka mengganggu ketenteraman penduduk.

“Anggota yang terlibat menerima aduan daripada penduduk lain, justeru dengan berpakaian preman tampil ke lokasi ahli kumpulan berkumpul lalu memperkenalkan diri sebagai polis dan meminta mereka semua bersurai.

“Hanya sebahagian sahaja yang bersurai manakala sebahagian lagi bertindak mencabar anggota dengan berkata ‘aku tak hairan langsung dan takut dengan polis, kalau berani datang, kita bertumbuk’,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 Peringkat Daerah Jerantut, di Padang Hoki, semalam.

Zakaria berkata, anggota terlibat terus mencuba menyuraikan ahli kumpulan tersebut, namun ahli kumpulan bertindak agresif dengan memukul dan mengasarinya.

Menurutnya, insiden dikasari itu menyebabkan Lans Koperal Ammar hanya mampu mempertahankan diri sebelum rakan setugasnya tiba untuk meleraikan kejadian itu.

“Kejadian ini menyebabkan anggota kita mengalami cedera ringan di bahagian kaki, tangan, muka, badan dan seterusnya dihantar menerima rawatan dan membuat laporan polis.

“Seramai 10 pemuda ditahan dengan tiga daripada mereka didakwa di bawah Seksyen 353 atas kesalahan menyerang dengan kekerasan bagi menghalang atau menakutkan penjawat awam daripada melakukan kewajipan,” katanya.

Zakaria berkata, suspek turut direman selama empat hari untuk siasatan dan dibebaskan semalam dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 setiap orang sebelum menunggu perbicaraan pada 20 September ini.

Sehubungan itu, Zakaria turut menasihatkan penduduk agar tidak membuat perhimpunan beramai-ramai bermula 12 tengah malam sehingga boleh mengganggu ketenteraman awam dan disaran bekerjasama dengan polis bagi berkongsi dan melaporkan maklumat.

“Kita harap orang awam bagi kerjasama dan bukannya bertindak mencabar tugas anggota kami yang bertugas sekali gus menyalahi undang-undang keselamatan," katanya.

sumber- Sinar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...