Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, September 9, 2012

Mayat bayi di surau

Nota yang ditinggalkan bersama bayi, semalam.
Nota yang ditinggalkan bersama bayi, semalam.
KUALA LUMPUR - "Menggeletar seluruh tubuh badan saya apabila terjumpa bayi dibalut  kain dalam sebuah beg ketika hendak membersihkan kawasan surau,” kata Nurshafekah Mat Rajumi,19, ketika itu dia membersihkan kawasan Surau Al Falah di Danau Kota, pagi semalam.

Penemuan bayi itu turut disertakan nota yang meminta pihak surau menguruskan jenazah bayi dan dipercayai diletakkan di hujung penjuru pagar selepas subuh semalam.

Nurshafekah berkata,  dia terkejut dan tergamam apabila melihat bayi yang sudah tidak bernyawa dalam beg bersama nota yang meminta jenazah bayi itu diuruskan pihak surau.

Menurutnya, ketika ternampak beg tersebut, dia terlihat sesuatu yang berbulu dalam beg dan mula timbul takut dan curiga dengan objek di dalamnya.

“Ketika itu saya terlintas  mungkin bayi dalam beg kerana kebetulan  saya sedang siapkan satu tugasan berhubung tajuk penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi,” katanya kepada Sinar Harian menceritakan detik hingga terjumpa bayi tersebut, semalam.

Penemuan bayi berkenaan turut mengejutkan seramai 32 pelajar dari International Islamic College, Gombak yang mengadakan gotong-royong di Surau Al Falah.

Bayi yang tidak diketahui jantina dan usia itu dipercayai ditinggalkan beberapa jam sebelum ditemui dan disyaki bayi itu milik warga asing berdasarkan tulisan nota yang ditinggalkan.

Nurshafekah yang mengambil jurusan Pendidikan Awal Perkembangan Kanak-Kanak berkata, dia meminta tolong seorang lelaki berhampiran dan kariah surau supaya melihat kandungan sebenar dalam beg itu.

Sementara itu, kariah surau, Haris Hussain,53,  percaya mayat bayi diletakkan selepas jemaah pulangsolat Subuh dan ini kejadian pertama di surau itu.

sumber- Sinar

Mayat lelaki warga Indonesia ditemui tergantung di pokok durian

cara menanam benih durian
gambar hiasan
GEORGE TOWN - Mayat lelaki warga Indonesia ditemui tergantung di sebatang pokok durian di Persiaran Bukit Jambul di sini hari ini.    

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata mayat Stenya Priyanto, 35, ditemui tergantung 3.57 meter dari paras tanah oleh seorang penduduk yang melalui kawasan berkenaan pada kira-kira pukul 12 tengah hari.
   
"Polis terpaksa meminta bantuan bomba untuk menurunkan mayat itu," katanya kepada pemberita di sini hari.
   
Beliau berkata terdapat kesan calar dan luka yang masih baru ditemui pada mayat itu dipercayai terjadi ketika lelaki itu memanjat pokok.
   
Gan berkata polis menolak sebarang perlakuan jenayah dan sisasatan awal mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.
   
"Mayat lelaki itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk siasatan lanjut," katanya. 

sumber- Bernama

Motor terjun dalam parit

kemalangan yang tragis
Polis mengangkat mayat mangsa untuk bedah siasat di Hospital Parit Buntar.
KERIAN – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terjunam ke dalam parit di Kilometer 122, Jalan Ipoh-Butterworth, Simpang Tiga di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Fauzi Mat Nayan berkata, mangsa, Ang Poon Kee, 33, menunggang motosikal bersama rakannya dalam perjalanan menuju ke rumah mereka di Tanjung Piandang.

“Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, mangsa dipercayai hilang kawalan ketika mengambil selekoh lalu terbabas sehingga tercampak ke dalam parit menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

“Mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala manakala rakannya berusia 33 tahun pula mengalami cedera parah di bahagian tangan kiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat manakala rakannya mendapat rawatan di hospital sama.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

sumber- Sinar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...