Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Wednesday, September 12, 2012

Mitsubishi Storm hangus dijilat api

Mitsubishi Storm terbakar

Kelihatan api marak menjilat kereta jenis Mitsubishi Storm milik seorang wanita yang terselamat di atas jambatan Jalan Tun Razak berhampiran bulatan Loke Yew, hari ini. Menurut anggota polis trafik di lokasi, wanita tersebut memberhentikan kereta setelah enjinnya terhenti akibat kepanasan. Mereka membantu menolak kenderaan itu ke tepi dan dengan secara tiba-tiba api mula menyambar di bahagian enjin lalu merebak.

sumber- Sinar

Mr. Bean, Hero menyelamatkan nyawa

Mr. Bean
Rowan Atkinson
Pelakon British, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr. Bean telah menyelamatkan pesawat yang dipenuhi penumpang ketika juruterbangnya pengsan secara mengejut.

Dalam kejadian itu, Mr. Bean sedang dalam perjalanan dari Mombasa ke Nairobi di Kenya bersama keluarganya dengan menaiki pesawat syarikat swasta. Pada ketinggian 4,877 meter, juruterbangannya pengsan serta langsung tidak sedarkan diri. 

Walaupun tiada pengalaman dalam pengendalian pesawat, Mr. Bean cuba sedaya upaya untuk menghalang pesawat tersebut dari jatuh terbabas. Dalam masa yang sama, isterinya Sunetra cuba mengejutkan juruterbang tersebut dengan cara menggoncang serta menyimbah air ke mukanya. Mujurlah beberapa minit kemudian juruterbang tersebut tersedar lalu mereka dapat mendarat dengan selamat.

Mr. Bean
Mr. Bean bersama isterinya

Shakira disaman bekas kekasih

Shakira
Shakira
BOGOTA - Penyanyi terkenal dari Colombia, Shakira disaman bekas kekasih yang juga ejennya ekoran beberapa kontrak tertunggak selepas hubungan mereka berakhir, kata peguam bintang pop itu kelmarin.

Menurut peguam Ezequiel Camerini dalam satu kenyataan, Antonio de la Rua memfailkan saman tersebut pada Julai lalu dan menuntut aset-aset bank dibekukan.

Camerini tanpa memberi butiran lanjut berkata, permohonan Antonio untuk pembekuan aset bank itu ditolak, tetapi kes asas masih berjalan.

Minggu lalu, media Colombia melaporkan Antonio menuntut saman berjumlah AS$250 juta (RM767.55 juta) dan harta sepencarian yang dikongsi mereka selama 11 tahun bersama.

Antonio, 38, merupakan anak bekas Presiden Argentina, Fernando de la Rua yang berkhidmat dari tahun 1999 hingga 2001.

Beberapa hari kemudian, seorang peguam Antonio menafikan terdapat sebarang tindakan saman diambil.

Menurutnya, pasangan tersebut hanya membubarkan sebuah syarikat yang pernah mereka miliki bersama.

Namun, Camerini kelmarin menafikan terdapat sebarang usahasama sedemikian antara Shakira dan Antonio.

Penyanyi berusia 34 tahun itu kini menjalin hubungan dengan bintang bola sepak pasukan Barcelona, Gerard Pique.

Shakira pernah menjadi penyanyi lagu Waka Waka yang menjadi lagu tema pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010. 

sumber- AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...