Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Saturday, December 8, 2012

Mati berlumuran darah

TELUK INTAN - Tanpa disangka, seorang lelaki ke rumah mertuanya untuk menjenguk isteri serta anak lelaki berusia setahun yang sedang sakit disusuli kejutan apabila dia ditemui mati di rumahnya sendiri, di Pangsa Damai, Jalan Pasir Pendamar, di sini, pagi semalam.

Isteri mangsa, Liow Yok Kwan, 34 memaklumkan, mangsa melawatnya serta anak tunggal mereka di rumah ibunya yang terletak berhampiran kediaman mereka kira-kita jam 8.30 pagi semalam.

Mati berlumuran darah
Keadaan mayat mangsa yang terbaring berlumuran darah.
Katanya, anak lelaki mereka jatuh sakit dan mereka berdua tinggal di rumah ibunya buat sementara waktu.

"Semasa suami saya datang melawat, dia tidak menunjukkan sebarang perubahan walaupun telah menganggur sejak beberapa hari dan meluahkan rasa tertekan dengan apa yang terjadi.

"Tidak lama kemudian dia memaklumkan mahu pulang ke rumah dan saya tidak mengesyaki apa-apa akan berlaku pada ketika itu," katanya.

Menurut Yok Kwan, dia pulang ke rumah pada jam 10.30 pagi dan terkejut apabila menemui mayat suaminya dalam keadaan terbaring dengan berlumuran darah di ruang tamu rumah mereka.

"Setahu saya, suami saya tidak pernah berhutang dengan mana-mana pihak dan tidak mempunyai masalah dengan saya walaupun sudah beberapa hari menganggur.

"Suami saya sangat sayangkan kami sekeluarga. Dia juga seorang yang rajin," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati mangsa mengalami tiga kecederaan di bahagian perut, leher dan pergelangan tangan kiri.

Menurut beliau, mangsa meninggal di tempat kejadian dan polis kini sedang menyiasat kes berkenaan.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

sumber- Sinar

Gelagat beruang berebut makanan

Dua ekor beruang dari spesis grizzly ini  berdiri dan bergaduh sesama sendiri untuk merebut makanan. Dikatakan salah seekor beruang ini terlebih dahulu telah menangkap seekor ikan salmon di sungai sebelum datangnya seekor lagi beruang yang cuba untuk merampasnya. Gelagat mereka berjaya dirakam oleh seorang photographer Jepun, Shogo Asao di taman negara di Alaska, Amerika.

beruang grizzly
gambar beruang
beruang
beruang bergaduh
haiwan beruang

Hotel kapsul di China

Hotel kapsul ini terletak di Chongqing, barat daya China. Dalam sebuah bilik berukuran kurang dari 20 meter persegi, hotel ini memuatkan 10 ruang kapsul dua tingkat dengan kemudahan asas seperti , TV, cermin, meja lipat, dan juga katil. Antara kemudahan lain yang disediakan ialah peralatan dapur, mesin basuh, dan juga wifi. Ianya mula dibuka pada awal November lalu. Harga ditawarkan untuk penginapan satu malam ialah 55 yuan. Ketika awal pembukaan, promosi harga ditawarkan serendah 38 yuan.

hotel kapsul
hotel kreatif
hotel pelik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...