Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Wednesday, December 12, 2012

Persembahan dengan kepala terbalik ke bawah

Bermain alat muzik sambil menyanyi sahaja masih belum cukup untuk menghiburkan penonton. Penonton pula sentiasa mencari kelainan dan mahukan persembahan terbaik dari mana-mana penghibur.

Dari situlah seorang penghibur jalanan berusia 23 tahun mengetengahkan bakatnya bermain gitar dengan kepala terbalik ke bawah di Guangzhou, wilayah Guangdong, selatan China. Kariernya bermula sejak dua tahun lalu. Dia berkata, "Saya gembira melakukan apa yang saya suka."

penghibur di China
menghiburkan
penghibur jalanan
penghibur jalanan di China
penghibur

Sukarkah mencari cinta?

Mencari cinta bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Tambahan pula jika cinta yang dicari adalah cinta sejati. Dalam zaman serba moden ini, ramai juga yang mencari cinta melalui laman sosial seperti facebook, twitter atau sebagainya. Tetapi, ramai juga yang terpedaya dengan cinta alam maya tersebut sehingga ada yang rugi ribuan ringgit.

mencari jodoh

Lelaki ini mempunyai caranya tersendiri bukan sahaja untuk mencari cinta, malah ingin menjadikan cinta tersebut sebagai isteri. Dia sanggup memakai papan iklan untuk mengiklankan keikhlasannya. Adakah kerana dia terdesak? Mungkin juga agen mencari jodoh menawarkan kos perkhidmatan yang tidak mampu ditanggung olehnya. Alasan sebenar hanya dia sendiri yang ketahui.

mencari cinta

Perkara ini benar-benar berlaku di Nanjing, Wilayah Jiangsu, Timur China. Umur lelaki ini menjangkau 32 tahun dan bekerja dalam sektor pembinaan. Telatah peliknya dirakamkan pada 26 April lalu. Tidak pasti sama ada dia telah memperoleh cinta yang dicari atau tidak. Mudah-mudahan tindakan GILA nya ini berbaloi.

Kucing Curi 26 kunci jiran

LONDON: Seekor kucing, Moggy Milo ‘mencuri’ 26 set kunci ketika berkeliaran di rumah jiran selepas kunci terbabit terlekat pada kolar magnetik yang dipakainya.

Penduduk pada mulanya hairan dengan kehilangan kunci mereka.

kucing curi kunci

Misteri itu bagaimanapun terbongkar apabila pemilik Moggy, Kirsten Alexander menemui beberapa kunci yang terlekat pada leher kucing itu. Dia kemudian menemui beberapa set kunci lain di rumahnya.

Kirsten, 27, dari Stoke Newington, London Utara berkata: “Saya sudah menyerahkan semula semua kunci itu kepada pemiliknya.”

sumber- HMetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...