Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Wednesday, December 19, 2012

Perkuburan haiwan peliharaan di London

Perkuburan haiwan peliharaan ini terletak di Hyde Park, Central London. Ketika era Victory, orang-orang kaya di London akan mengebumikan haiwan peliharaan mereka di sini. Kubur ini telah wujud sekitar tahun 1880-an dan pada tahun 1915, tiada lagi ruang untuk haiwan dikebumikan. Keseluruhan kawasan ini berpagar dan tidak dibuka kepada pelawat.

kubur haiwan
kubur haiwan peliharaan
perkuburan haiwan peliharaan
haiwan dikebumikan
perkuburan
kubur
haiwan peliharaan dikebumikan
perkuburan haiwan

Roda Ferris menggunakan tenaga manusia

Roda Ferris sering menjadi tarikan apabila berkunjung ke funfair, karnival mahupun taman tema. Kebiasaannya peralatan mekanikal ini dijanakan dengan tenaga elektrik dan kos penyelenggaraannya juga agak tinggi.

Roda Ferris India

Berbeza ceritanya di India. Roda Ferris di sana menggunakan tenaga manusia sepenuhnya. Konsepnya sama seperti hamster peliharaan yang dibiarkan berlari dalam roda pusingan. Apa yang menguntungkan ialah, pengusaha permainan ini tidak perlu risau jika terputusnya bekalan elektrik. Tambahan pula tenaga pekerja di sana adalah jauh lebih murah.

Roda Ferris di India

Tetapi apa yang merisaukan ialah tahap keselamatan para pekerja di mana mereka berisiko untuk terjatuh atau tersepit diantara besi penyambung. Mujurlah Roda Ferris yang dibina ini tidak terlalu tinggi dan kebiasaannya adalah kira-kira setinggi bangunan 2 tingkat.

Ferris Wheel

Peralatan pembinaannya pula bukanlah 100% besi. Ada sesetengah Roda Ferris yang dibangunkan dengan sebahagian tiangnya disambungkan menggunakan kayu. Tidak pasti sama ada kayu tersebut kukuh ataupun tidak. Boleh dikatakan ianya turut membahayakan penumpang.

Roda Ferris
India Ferris Wheel
Ferris Wheel India

Mayat wanita terdampar tepi pantai

KLEBANG - Mayat seorang wanita tanpa sebarang identiti ditemui terdampar di tepi pantai berhampiran  kawasan Dataran 1Malaysia, Klebang, di sini oleh seorang pengawal keselamatan ketika sedang melakukan tugas rondaan, pagi semalam.

Mayat wanita terdampar tepi pantai
Mayat wanita tanpa identiti yang ditemui terdampar di tepi pantai.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan dan Operasi) Melaka, Superintendan R Gunarajan berkata, mayat berkenaan ditemui pengawal keselamatan terbabit kira-kira 10.30 pagi dalam keadaan lengkap berpakaian.

Beliau berkata, setakat ini polis masih menyiasat mengenai kejadian itu dan identiti mangsa sama ada mangsa seorang warga negara asing atau sebaliknya.

“Setakat ini kita belum dapat mengesahkan punca kematian dan mayat akan dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kita percaya mayat ini hanyut dan terdampar di tepi pantai.

“Setakat ini belum dapat pastikan bangsa mayat terbabit dan ketika ditemui, mangsa memakai seluar jeans dan berbaju lengan panjang. Tingginya lebih kurang 5 kaki 2 inci,” katanya.

Gunarajan turut meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya menghubungi polis.

sumber- Sinar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...