Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Monday, January 7, 2013

Misteri kabus bawang putih di Los Angeles

Pada tahun 1949, penduduk di Los Angeles dikejutkan dengan bau misteri yang sangat kuat. Ianya seperti bau bawang putih. Insiden tersebut berlarutan sehingga beberapa minggu.

Dalam waktu yang sama, terdapat laporan mengatakan kabus misteri yang tebal telah muncul sehinggakan ianya telah mengubah warna pagar dan bangunan di sekitar bandar tersebut. Penduduk mula bimbang dikhuatiri ianya adalah gas beracun.  Beberapa penduduk mengambil langkah keselamatan untuk memakai topeng gas.

Pelbagai spekulasi timbul mengenai kejadian misteri tersebut. Ada teori mengatakan ianya datang dari sebuah sungai di Los Angeles dan tidak kurang juga ada mengatakan ianya datang dari kilang pemprosesan bahan kimia. Namun begitu, misteri ini masih belum terungkai sepenuhnya. Peristiwa tersebut dikenali sebagai  Invasion of the Garlic Fog (Pencerobohan Kabus Bawang Putih).

misteri

Yuran untuk peluk pelajar

Sebuah tadika disiasat oleh badan pemantau pendidikan tempatan selepas mengenakan 'Yuran Pelukan' kepada para pelajarnya. Perkara ini telah menimbulkan kemarahan ibu bapa di Bandar Yangzhou, Timur China.

peluk pelajar

Ibu bapa diminta untuk membayar yuran tersebut supaya anak-anak mereka yang bersekolah di Tadika Shangmao yang terletak di daerah Jiangdu, dapat dipeluk oleh guru-guru ketika tiba pada waktu pagi dan ketika pulang ke rumah.

Cas 80 yuan sebulan dikenakan bagi setiap pelajar. Ibu bapa diberitahu oleh guru-guru bahawa pelukan dapat menceriakan anak-anak mereka.

Pihak tadika menjelaskan, perkhidmatan tersebut adalah percubaan untuk pendidikan berkualiti bagi melahirkan rasa sayang dan meningkatkan keyakinan mereka selepas menerima pelukan dari guru.

Namun pihak berkuasa pendidikan tempatan berkata, tiada alasan bagi mengenakan yuran untuk perkhidmatan sebegitu. Ianya menyalahi peraturan dan menggesa pihak tadika mengembalikan duit tersebut kepada ibu bapa.

Misteri Pulau Boneka yang menyeramkan

Dikenali sebagai 'La Isla de la Munecas' dalam bahasa Sepanyol, Pulau Boneka ini mungkin merupakan  tarikan pelancongan paling menyeramkan di Mexico. Pulau yang dipenuhi misteri dan kepercayaan tahyul ini terletak di selatan bandar Mexico.

patung berhantu

Hampir kesemua pokok yang tumbuh di pulau ini dihiasi dengan patung tua dan cacat sehinggakan sesiapa sahaja yang lalu di sini terasa seperti sedang diperhatikan. Kisah disebalik Pulau Boneka ini bermula dengan kehadiran seorang petapa yang bernama Don Julian Santana yang telah berpindah ke sini. Walaupun sudah berumah tangga, dia memutuskan untuk tinggal seorang diri bagi mengakhiri 50 tahun hidupnya di sini.

pulau patung

Don Julian dikatakan sering dihantui oleh hantu kanak-kanak perempuan yang mati di sebuah terusan sekitar pulau tersebut. Ada yang mendakwa dia menyelamatkan patung-patung tersebut dari lemas kerana disangkakan kanak-kanak sebenar. Namun pada hakikatnya, kesemua patung-patung tersebut dikumpul sendiri oleh Don dan diletakkan di sekitar rumahnya sebagai kuil semangat yang mengganggunya. Pernah beberapa kali, Don menukarkan buah-buahan dan juga sayur-sayuran untuk mendapatkan patung-patung lama tersebut.

patung atas pokok

Ironinya pada tahun 2001, Don Julian ditemui mati oleh anak saudaranya di terusan yang sama seperti didakwanya terdapat kanak-kanak perempuan yang mati lemas. Hari ini, pulau yang dipenuhi patung tersebut menjadi antara tarikan pelancongan paling pelik di dunia. Ada beberapa pelancong mengatakan mereka terdengar bisikan dari patung-patung ini dan mereka perlu membawa hadiah ketika menjejak kaki ke pulau tersebut.

patung
gambar patung
patung tergantung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...