Monday, January 7, 2013

Misteri Pulau Boneka yang menyeramkan

Dikenali sebagai 'La Isla de la Munecas' dalam bahasa Sepanyol, Pulau Boneka ini mungkin merupakan  tarikan pelancongan paling menyeramkan di Mexico. Pulau yang dipenuhi misteri dan kepercayaan tahyul ini terletak di selatan bandar Mexico.

patung berhantu

Hampir kesemua pokok yang tumbuh di pulau ini dihiasi dengan patung tua dan cacat sehinggakan sesiapa sahaja yang lalu di sini terasa seperti sedang diperhatikan. Kisah disebalik Pulau Boneka ini bermula dengan kehadiran seorang petapa yang bernama Don Julian Santana yang telah berpindah ke sini. Walaupun sudah berumah tangga, dia memutuskan untuk tinggal seorang diri bagi mengakhiri 50 tahun hidupnya di sini.

pulau patung

Don Julian dikatakan sering dihantui oleh hantu kanak-kanak perempuan yang mati di sebuah terusan sekitar pulau tersebut. Ada yang mendakwa dia menyelamatkan patung-patung tersebut dari lemas kerana disangkakan kanak-kanak sebenar. Namun pada hakikatnya, kesemua patung-patung tersebut dikumpul sendiri oleh Don dan diletakkan di sekitar rumahnya sebagai kuil semangat yang mengganggunya. Pernah beberapa kali, Don menukarkan buah-buahan dan juga sayur-sayuran untuk mendapatkan patung-patung lama tersebut.

patung atas pokok

Ironinya pada tahun 2001, Don Julian ditemui mati oleh anak saudaranya di terusan yang sama seperti didakwanya terdapat kanak-kanak perempuan yang mati lemas. Hari ini, pulau yang dipenuhi patung tersebut menjadi antara tarikan pelancongan paling pelik di dunia. Ada beberapa pelancong mengatakan mereka terdengar bisikan dari patung-patung ini dan mereka perlu membawa hadiah ketika menjejak kaki ke pulau tersebut.

patung
gambar patung
patung tergantung

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...