Wednesday, July 25, 2012

'Jambatan Nabi Musa' di Belanda


Pasti ramai diantara kita yang masih mengingati kisah Nabi Musa yang dianugerahkan wahyu oleh Allah SWT untuk membelah Laut Merah sekaligus menenggelamkan Firaun dan bala tenteranya.

Kejadian itu menjadi ilham untuk pembinaan sebuah jambatan yang diberi nama ‘Jambatan Nabi Musa’ di Belanda.

Pada masa yang sama, jambatan itu menjadi laluan pejalan kaki di Fort de Roovere yang direka oleh RO&AD Architects.


Jambatan ini dibina sebegitu kerana ingin memelihara pemandangan serta tidak mengubah landskap parit pertahanan yang dibina di kota tersebut.

Kayu Akoya digunakan sebagai bahan utama binaan tersebut kerana ia mampu bertahan lama apabila direndam ke dalam air berbanding kayu jenis lain.

Kebanyakan mereka yang menggunakan jambatan itu adalah pengunjung ke kubu lama berkenaan.


Selain itu, pengunjung yang hadir juga ingin merasai keunikan melalui jambatan itu apabila mereka berpeluang untuk menyentuh air di kubu tersebut.

Namun, ramai yang mempersoalkan jika berlaku hujan lebat ataupun banjir di kawasan tersebut, adakah jambatan itu mampu bertahan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...