Thursday, August 2, 2012

Amukan gagal beli rokok

kesan bahaya menghisap rokok
ANGGOTA keselamatan memberikan bantuan awal kepada seorang lelaki yang cedera akibat dipukul dengan batang kayu mop oleh anaknya dalam kejadian di George Town Isnin lalu.
GEORGETOWN - Seorang pesakit mental mengejutkan sebahagian penghuni flat Bukit Gedung, Bayan Baru di sini apabila pemuda itu bertindak mengamuk dan memukul kedua-dua ibu bapanya menggunakan batang kayu mop Isnin lalu.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi, suspek berusia 30-an sebelum itu dipercayai meminta wang daripada bapanya untuk membeli sebatang rokok tetapi permintaannya ditolak.

Suspek yang berang kerana hajatnya tidak ditunaikan tiba-tiba bertindak ganas dengan mencapai batang kayu mop di dalam rumah lalu melibas ke arah muka bapanya yang berumur 60-an.

Bagaimanapun, libasan pertama batang kayu mop tersebut mengenai kepala ibunya yang ketika itu cuba melindungi si suami. Suspek tidak berhenti di situ malah bertubi-tubi menghayun kayu mop tersebut sehingga menyebabkan pasangan warga emas itu cedera.

Bunyi bising daripada jeritan anak beranak itu mengejutkan jiran yang sebahagian besar sedang nyenyak tidur.

sumber- Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...