Thursday, August 2, 2012

Tahan sehingga 17 jam

What is android?
PERANTI terbaru keluaran Motorola ini mampu mencuri perhatian ramai.
MEMPUNYAI ketahanan bateri sehingga 17.6 jam dengan sekali cas, telefon pintar Motorola Razr Maxx pasti mampu mencuri perhatian penggemar gajet canggih di negara ini. Dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 21 Jun lalu, model itu menambahkan lagi koleksi keluarga Razr di Asia Tenggara.

Didatangkan dengan Android 2.3 (Gingerbread), Motorola Razr Maxx turut menerima penambahbaikan melalui dalam talian kepada Android 4.0 (Ice Cream Sandwich).

Reka bentuk ikonik Razr dengan kerangka aluminium berpotongan berlian menjadikan ia telefon yang menawan dan elegan ketika digunakan. Ia juga tahan lasak apabila menggunakan teknologi gentian Kevlar untuk memberikannya kekuatan selain dilengkapi cermin Corning Gorilla yang kalis calar.

Pengguna juga tidak perlu bimbang jika telefon milik mereka ini terkena hujan atau tertumpah kopi. Ini kerana ia mempunyai lapisan keselamatan tahan deburan cecair bagi mengelakkan sistem elektrik di dalam telefon dimasuki air.

Lebih menarik, telefon ini mempunyai paparan skrin Super AMOLED Advanced berukuran 4.3 inci yang mempamerkan lebih banyak warna berbanding kebanyakan HDTV LCD. Selain itu, dengan ketebalan hanya 8.99 milimeter, Motorola Razr Maxx masih nipis dan ringan.

sumber- Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...