NOORZAINALIZA Hashim sentiasa di sisi bayinya, Siti Nur Alia Sofea yang menghadapi masalah tidak boleh menelan air liur sendiri di Tanjung Mergong Jaya, Alor Setar semalam. |
ALOR SETAR - Kelahiran Siti Nur Alia Sofea Noor Hashimuddin yang kini berusia sembilan bulan memang amat dinanti-nantikan sepasang suami isteri yang sudah sedekad mendirikan rumah tangga.
Namun takdir Tuhan tiada siapa yang tahu apabila pasangan berkenaan terus diduga apabila anak tunggal mereka itu disahkan mengalami masalah kesihatan serius.
Siti Nur Alia Sofea tidak dapat menelan air liurnya sendiri sekali gus menyebabkan ce memasuki paru-paru dan merosakkan organ penafasan bayi tersebut.
Bukan itu sahaja, bayi comel itu turut disahkan mengalami kecacatan otak.
Bapa bayi tersebut, Noor Hashimuddin Kamaruddin, 40, berkata, doktor memaklumkan keadaan itu berlaku disebabkan bayinya hampir lemas semasa dalam kandungan isterinya, Noorzainaliza Hashim, 36.
Beliau berkata, ketika masalah tersebut berlaku, bayinya berusia lapan bulan dan isterinya terpaksa dibedah bagi menyelamatkan bayi.
"Anak saya selamat dilahirkan tetapi dia koma selama sebulan sebelum sedarkan diri dan menunjukkan perkembangan kesihatan lebih baik," katanya ketika ditemui di rumah kakak iparnya di Taman Mergong Jaya di sini semalam.
sumber- Kosmo
0 comments:
Post a Comment