Saturday, September 8, 2012

Flashman Hijau, hero di dunia sebenar

Flashman

Kihachiro Uemura mungkin tidak lagi sepopular dahulu dimana beliau pernah memegang watak sebagai Dai ataupun Green Flash untuk salah sebuah siri Super Sentai iaitu Choushinsei Flashman. Rancangan tv Flashman dahulunya turut popular di Malaysia pada awal 90-an serentak bersama Space Sheriff Gavan dan juga Masked Rider Black (atau lebih dikenali sebagai Satria Baja Hitam).

Flashman

Laman web berita online iaitu Yomiuri Online melaporkan Uemura telah menyelamatkan nyawa seorang lelaki tua yang diserang penyakit jantung ketika di stesen JR Akiba. Uemura yang kini berusia 51 tahun telah menerima surat penghargaan dari Kanda Fire Department di Tokyo pada 12 Julai yang lalu kerana telah menyelamatkan nyawa lelaki tua dengan memberikan rawatan kecemasan di stesen tersebut.

Flashman

Walaupun rancangan Flashman telah pun ditamatkan beberapa dekad yang lalu, Uemura tetap mahu menyelamatkan nyawa seperti mana yang dilakonkannya sebelum ini. Dia juga turut mempunyai kemahiran dalam CPA dan memainkan peranan sebagai jurulatih sukarelawan untuk memberikan rawatan kecemasan di kawasan setempat. Kemunculan terakhirnya pernah dilihat dalam siri tv Kaizoku Sentai Gokaiger dalam episod 49.

Flashman

3 comments:

  1. best giler serita flahman ingat lagi lagu die heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. memang banyak nostalgia Flashman ni... pastu Maskman...

      Delete
  2. Aku adalah peminat no 1 flashman ingat lagi dulu kol 4.30 tv3 ade siar siap tape record lg time 2 aku umo 5 tahun huhuhu masih segar diingatan aku

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...