Monday, September 17, 2012

Mi goreng dawai

Mi goreng dawai
Selera Roziana terbantut selepas mendapati terdapat benda asing dalam mi segera gorengnya. (Gambar kecil) Cebisan dawai berkenaan.
KLANG - Keenakan seorang gadis menikmati mi segera goreng bersama seorang rakan di sebuah restoran di sini terbantut selepas dia menemui cebisan dawai penyental periuk dalam makanan itu, minggu lalu.

Pengadu, Roziana Mohamad, 29, berkata, restoran terbabit memang menjadi pilihannya dan rakan lain untuk menikmati hidangan memandangkan kelazatan makanannya.

“Sebelum ini saya kerap ke restoran itu namun saya hanya menikmati nasi bersama lauk pauk.

“Bagaimanapun kali ini saya dan rakan memesan mi segera untuk mengisi perut dan dalam tempoh kira-kira 14 minit makanan yang dipesan tiba di meja pada malam itu,” katanya.

Tanpa membuang masa, dia terus menjamah dan menikmati hidangan, namun selera tersentap selepas menyedari benda asing  di sebalik dalam mi tersebut.

“Selepas amati secara jelas saya dapati ia cebisan dawai penyental periuk yang termasuk ke dalam mi segera saya.

“Selera saya terhenti serta merta, saya tak nak mati sebab makan mi berulam besi. Saya tak mahu  makan lagi, bimbang boleh membahayakan kesihatan saya,” dakwanya kepada Sinar Harian.

Melihat apa berlaku, rakannya turut memeriksa dalam mi segera goreng dimakan kerana bimbang perkara sama menimpanya.

“Bagaimanapun dia bernasib baik dan atas nasihat rakan, saya memaklumkan kepada pekerja restoran terbabit berkenaan kewujudan benda asing itu.

“Selepas dimaklumkan, pekerjanya dan pemilik restoran memohon maaf dan menggantikan makanan lain.

“Bagaimanapun pada awalnya saya akur namun khuatir insiden sama berulang, pemilik restoran tidak mengenakan sebarang bayaran kepada saya,” katanya.

Apa yang dikesalkan, Roziana berkata, dia khuatir pelanggan lain berdepan situasi yang sama sepertinya.

“Justeru itu, saya harap pemilik restoran dan tukang masak peka dengan perkara tersebut kerana ia membabitkan makanan yang dimakan pelanggan.

“Jika  benda  asing itu masuk ke tubuh pelanggan pastinya  akan berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap kesihatan pelanggan. Jadi perkara ini harus dipandang serius,” katanya yang enggan lagi ke restoran berkenaan.

sumber- Sinar

2 comments:

  1. Lain kali,berhati-hati semasa hendak makan makanan di gerai makanan tersebut.Tetapi,jangan jadi macam gerai makan kat Klang tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu jugak terjumpa bendasing cam rambut ngn plastik dlm mknan.. tapi dah sekali terkena, mmg tak pergi dah gerai macam tu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...