KOTA BHARU: Sepuluh anggota bomba cedera dalam operasi memadam kebakaran di sebuah kilang tayar yang tidak beroperasi di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Azmi Osman berkata kemalangan itu berlaku apabila sebuah tangki minyak diesel yang terletak di bahagian belakang kilang tersebut tiba-tiba meletup yang menyebabkan api menyambar anggota terbabit.
"Ada empat tangki minyak diesel dengan dua daripadanya mengalami kebocoran. Semasa operasi pemadaman itu, berlaku satu letupan daripada salah sebuah tangki tersebut yang menyebabkan 10 anggota bomba mengalami kecederaan dengan empat daripadanya agak serius," katanya kepada pemberita selepas melawat anggota bomba terbabit yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, hari ini.
Seorang anggota bomba dan penyelamat terbakar selepas sebuah tangki minyak pelincir bocor sehingga mengakibatkan letusan api setinggi lebih 30 meter di sebuah kilang tayar yang tidak beroperasi setahun lalu di kawasan Perindustrian Padang Tembak, Pengkalan Chepa. Sumber gambar- HMetro |
Empat anggota yang cedera agak serius itu ialah Wan Asri Wan Yaakob, Zulkifli Mahmod, Razak Abdullah dan Abdullah Din Mohamad, katanya dan menurutnya keadaan mereka dilaporkan stabil.
Sumber gambar- HMetro |
"Operasi pemadaman berjalan lancar, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya tetapi tiba-tiba berlaku letupan daripada salah satu tangki minyak diesel itu. Semasa kejadian saya berada di tempat kejadian," katanya yang tidak mengalami kecederaan.
Beliau berkata punca kebakaran tersebut sedang disiasat.
sumber- Bernama
grafik tul gambar atas tu!
ReplyDeletegambar mungkin btul.. tpi api tuh cam edit tambah je...
Deleterasanya betul..ada dalam awani tadi
ReplyDeletemmg btul cite nih.. tpi gamba api tuh smacam.. baju bomba kan kalis api...
Delete