Sunday, November 4, 2012

Keluarga suspek pengganas mengamuk

mengamuk di Poso

POSO (Indonesia): Puluhan penduduk, termasuk anggota keluarga Abdul Halid Tumbingoa, suspek pengganas yang ditembak mati di sini pagi semalam, mengamuk di depan balai polis.

Mereka menuntut polis menyerahkan mayat Halid, 24, tetapi mendapati ia sudah dihantar ke Palu di Sulawesi Tengah. Mereka mengamuk sambil melaung ‘Kami tidak percaya polis,’ di depan Balai Polis Poso.

Kejadian itu menyebabkan pintu masuk balai berkenaan rosak.

Polis yang merancang menerbangkan mayat itu dari Palu ke Jakarta akhirnya tunduk kepada desakan itu dan menyerahkannya kepada keluarga Halid.

Keputusan dibuat selepas Ketua Polis Sulawesi Tengah, Dewa Parsana yang berada di Poso sejak beberapa hari lalu kerana operasi antipengganas, berbincang dengan keluarga Halid.

Dalam kejadian awal semalam, polis menembak mati Halid, yang disyaki pengganas dan menahan rakannya selepas berlaku tembak- menembak, membabitkan polis antikeganasan berhampiran sebuah sekolah di Kayamanya, daerah Poso Kota.

Dewa berkata, Halid ditembak mati selepas dia melontar bom ke arah polis.

sumber- JP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...