Wednesday, July 4, 2012

10 Haiwan Paling Bahaya Di Dunia

10. Poison Dart Frog




Poison dart frog ini adalah antara binatang paling cantik di dunia. Warnanya yang cerah dan menyerlah ini adalah untuk menakutkan pemangsa. Spesis ini kebanyakannya di Costa Rica hinggalah ke Brazil. Ianya terdapat dalam warna merah, oren, kuning, emas, biru, hijau dan juga hitam.

Racun dikulitnya mampu membunuh 10 orang manusia.

9. Cape Buffalo



Merupakan sebahagian dari spesis seladang di Afrika.Ianya di iktiraf sebagai haiwan buruan 'Big 5' dalam senarai pemburu selain gajah, singa, harimau bintang dan badak sumbu. Haiwan-haiwan ini di iktiraf kerana terlalu merbahaya dan dijadikan mangsa para pemburu membuktikan keberanian dengan menembak dari jarak dekat.


Bahaya yang di bawa oleh Cape Buffalo ialah spesis ini bergerak secara berkumpulan yang terdiri daripada beribu-ribu ekor.

8. Beruang Kutub


Beruang kutub merupakan haiwan pemakan daging terbesar di dunia. Spesis ini tinggal di kawasan Artik Utara dengan menjadikan anjing laut sebagai makanan. Beruang kutub merupakan perenang yang hebat. Direkodkan ianya boleh berenang sejauh lebih kurang 80km didalam air sejuk.



Walaupun sifat beruang kutub kelihatan pemalu, namun ibu beruang kutub sangat protective dan boleh bertindak liar mengoyak tubuh manusia.

7. Gajah


Memang diakui bahawa mamalia terbesar di darat adalah Gajah Afrika. Spesis gajah lain adalah lebih kecil berbanding gajah Afrika. Beratnya mencecah melebihi 7000kg. Kedua-dua gajah jantan dan betina mempunyai gading. Gajah banyak melakukan kemusnahan dengan menghancurkan rumah-rumah kebun tanaman terutama di Asia Tenggara dan Afrika. Sebanyak 500 kematian direkodkan setiap tahun angkara keganasan gajah.
  
6. Buaya Air Masin Australia


Buaya Air Masin adalah reptilia terbesar di dunia. Buaya jantan matang boleh mencecah 7m panjang. Buaya bersabar di air keruh sementara menunggu mangsanya leka sebelum diterkam. Gigitan buaya adalah sangat kuat iaitu 2500 lbs berbanding manusia maksimum cuma 170lbs dan harimau 1275 lbs.



5. Singa Afrika


Tersenarai sebagai pemangsa yang ganas dari keluarga kucing. Ianya hidup secara berkumpulan dan bekerjasama ketika memburu. Singa bergerak pantas dan menggunakan strategi ketika melakukan pemburuan.


4. Jerung Putih


Jerung boleh membesar sehingga 6m dan seberat 2265kg. Rahang jerung yang besar mempunyai 3000 batang gigi seperti pisau cukur.


Dari 1876, jerung ini telah berjaya membunuh sekitar 65 orang. Walaupun manusia selalunya tidak dijadikan mangsa, tetapi adakalanya jerung ini memburu di tepi pandai ketika mangsa sedang berenang.

3. Obor-Obor Kotak Australia


Haiwan ini adalah hidupan laut paling berbisa yang pernah diketahui dan sengatannya boleh membawa maut. Setiap sesungut mempunyai 5000 sel sengat yang cukup untuk membunuh 60 orang. Bisanya terdiri daripada cardiotoxic, neurotoxic, and dermatonecrotic. Maksudnya bisa ini akan menyerang jantung, saraf dan kulit.  mangsa yang tesentuh sesungutnya selalunya mati dalam beberapa minit disebabkan kegagalan jantung. Sengatannya sangat menyakitkan dan selalunya menyebabkan kejutan yang mana menyebabkan mangsa lemas apabila berenang bersendirian. 


Sesungutnya melekat di tempat yang di sengat dan terus mengeluarkan racun sekaligus menyebabkan necrosis, yang "memakan" tempat disengat.

2.  Ular Tedung Asia


Walaupun jarang mematuk tanpa sebab, spesis ini antara penyebab beratus kematian di India sahaja. Ianya bukanlah ular paling berbisa di dunia tetapi ianya adalah ular yang selalu mamatuk manusia dan selalunya patukan ular ini betindak baik dengan anti-venom. Tisu dikawasan patukan akan terus rosak dan mati selepas anti-venom diberikan.

1. Nyamuk


Haiwan paling bahaya di dunia adalah nyamuk. Walaupun serangga kecil ini tiada apa-apa ancaman, mereka diketauhi pembawa parasit penyebab Malaria. Parasit ni disebar melalui gigitan nyamuk betina. Malaria sahaja membunuh 2 juta manusia setiap tahun. Ini tidak termasuk penyakit lain lagi seperti denggi atau kepialu yang turut dibawa oleh nyamuk.  

Walaupun haiwan-haiwan tersebut membawa bahaya terhadap manusia, manusia lebih berbahaya dan membawa ancaman serius terhadap haiwan-haiwan tersebut sehinggakan ada spesis haiwan yang telah pupus disebabkan manusia.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...