Wednesday, July 4, 2012

Misteri Peradaban Masyarakat Awan Chachapoyas

Misteri peradaban kuno, Chachapoyas ‘Masyarakat Awan’ di puncak Amazon, Peru. Kota kuno Chachapoyas iaitu sebuah kawasan milik "masyarakat awan" yang hilang sejak ratusan tahun lalu telah ditemui semula. Panggilan “masyarakat awan” itu mungkin kerana berdasarkan pergunungan andes yang sering diselimuti oleh awan. Kehidupan dan kebudayaan kota kuno yang wujud sejak abad ke-9 ini masih menjadi misteri dan sukar untuk dirungkai kerana mereka tidak banyak meninggalkan catatan mengenai peradaban masyarakat mereka.

Misteri Peradaban Masyarakat Awan Chachapoyas

Meskipun peradaban ini telah hilang sejak ratusan tahun lalu, namun kesan peradaban kota Chachapoyas yang terletak di dalam wilayah utara Peru ini masih dapat dilihat. Deretan patung-patung menghadap ke arah matahari terbit yang terkenal dengan panggilan “tentera awan” masih kukuh di tempat asalnya. Patung-patung tersebut melambangkan kekuatan masyarakat mereka pada masa dahulu.

Tapak Karija ini telah dibangunkan hampir 1 abad yang lampau. Tapak tersebut sebenarnya merupakan sebuah tapak perkuburan. Setiap patung memberikan gambaran kedudukan darjat tokoh tersebut semasa hidup. Mungkin boleh dikatakan seakan tapak-tapak perkuburan di Tanah Toraja, Sulawesi, Indonesia.

Misteri Peradaban Masyarakat Awan Chachapoyas

Patung-patung terbabit diperbuat daripada tanah liat dan lumpur di mana terkandung dalamnya jasad mayat (mumia) para tokoh Chachapoyas. Yang uniknya kedudukan patung berisi mumia tersebut sangat sukar dicapai. Entah bagaimana masyarakat pada zaman itu membawa dan menempatkannya di sana. Semasa artikel ini ditulis, masih tidak dapat dipastikan laluan sebenar yang digunakan oleh mereka untuk membawa patung-patung tersebut ke atas sana. 

Kisah bagaimanakah kehidupan di Chachapoyas hampir terus menjadi misteri kerana kedudukannya sangat terasing. Kota kuno Chachapoyas yang hilang ini telah ditemui pada tahun 2008 di hutan tebal Amazon yang sangat terasing oleh kumpulan ekspedisi arkeologi. Jaraknya sekitar 500 km ke sebelah timur laut negara Lima.

Misteri Peradaban Masyarakat Awan Chachapoyas
Misteri Peradaban Masyarakat Awan Chachapoyas

Kumpulan arkeologi terbabit telah menemui benteng-benteng daripada batu serta bangunan-bangunan yang berada di tepi jurang dan runtuhan tembok yang terukir dengan lukisan-lukisan yang di pahat di batuan. Mungkin ia dibina oleh masyarakat awan tersebut bagi melindungi diri mereka daripada musuh.

Sayangnya, tidak banyak yang diketahui tentang peradaban kota kuno Chachapoyas ini. Hanya sedikit sahaja catatan berkenaan hal tersebut, termasuk tentang kebudayaan mereka yang berkembang pada abad ke-9. Kenyataannya, kota kuno Chachapoyas ini berada di atas pergunungan. Mengikut sebuah teori, kota Chachapoyas ini sengaja dibina pada kedudukan yang tinggi untuk menjadi pertahanan terhadap serangan musuh.

Akan tetapi, nasib mereka menjadi tidak menentu ketika Empayar Inca semakin berkembang dan berjaya  menakluki Kota Chachapoyas sekitar 500 tahun yang lalu. Meskipun bangsa Chachapoyas berjuang bermati-matian, namun kekuatan Tentera Empayar Inca tidak dapat ditandingi. Semasa kehadiran Sepanyol pada tahun 1535, mereka mendapat peluang untuk terlepas dari cengkaman Empayar Inca. Saki-baki masyarakat Chachapoyas yang masih hidup telah berpihak pada Sepanyol untuk berperang melawan Suku Inca. Tetapi tanpa diduga mereka telah diserang oleh penyakit yang dibawa oleh orang eropah iaitu cacar yang seterusnya melenyapkan sebahagian besar populasi masyarakat mereka.

Misteri Peradaban Masyarakat Awan Chachapoyas

Penulis sejarah Cieza Pedro de León menyatakan, susuk tubuh masyarakat Chachapoyas berkulit putih dan tampan, kaum wanitanya pula cantik menawan. Itulah antara sebabnya mengapa ramai orang lelaki daripada suku Inca ingin menjadikan wanita dari suku Chachapoyas sebagai isteri mereka. Makam tokoh orang-orang awan ini dichullas, di sisi tebing yang dicat dengan atap runcing, khususnya yang ditemui di Revash. Namun yang paling dikagumi daripada peninggalan monumen-monumen Chachapoyas adalah Kuelap iaitu sebuah benteng monumental yang berada pada ketinggian 9.500 meter di atas permukaan laut. Bangunan tersebut pada bahagian luarnya dilindungi oleh batu-batu besar.

Misteri Peradaban Masyarakat Awan Chachapoyas
Kulep
Di Kuelap, terdapat sekitar empat ratus bangunan yang mungkin telah dimakamkan dengan kira-kira 3,500 buah kubur. Bandingkan semula dengan bangunan milik bangsa Inca dan Manchu Picchu yang terkenal itu. Kompleks ini (Kuelap) menunjukkan bahawa bangsa Chachapoyas pada 1000 tahun lalu telah mampu membina sesuatu yang luar biasa.


Misteri Peradaban Masyarakat Awan Chachapoyas
Misteri Peradaban Masyarakat Awan Chachapoyas

Tidak diketahui apakah yang bakal ditemui lagi di pedalaman pergunungan andes yang terletak di amazon ini? Sememangnya ianya masih menjadi misteri. Kekurangan catatan mengenai suku bangsa Chachapoyas ini telah melontarkan pelbagai persoalan apakah mampu untuk mengungkai semua sejarah kisah “orang-orang awan” ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...