Wednesday, July 4, 2012

Bukan sebarang angau

cinta lelaki afrika
TAK TERLEPAS...antara lelaki Afrika yang diberkas.
SHAH ALAM: Angau dengan panahan cinta Awang Hitam selain mahu hidup mewah tanpa perlu bersusah-payah, wanita tempatan sanggup dipergunakan sebagai ‘keldai akaun’ oleh sindiket jenayah komersial antarabangsa yang didalangi warga Afrika.

Ini terbukti apabila polis menahan enam wanita tempatan dalam Ops Tiong, malam kelmarin disyaki membenarkan akaun bank atas nama mereka digunakan untuk melakukan transaksi wang hasil penipuan siber.

Wanita berusia 20 dan 30 tahun itu ditahan bersama lelaki Nigeria di sebuah apartmen dalam operasi bersepadu di sekitar Petaling Jaya, Subang Jaya dan Puchong bermula jam 11.30 malam kelmarin hingga 3 pagi, semalam.

Operasi bersepadu yang turut membabitkan Jabatan Imigresen, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pelancongan itu menahan 102 orang kebanyakan warga Afrika dari Nigeria dan Cameroon berusia 20 dan 30 tahun selain warga Filipina dan New Zealand.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati wanita terbabit mempunyai hubungan dengan Awang Hitam yang ditahan dipercayai menjalankan kegiatan penipuan menggunakan Internet.

sumber- HMetro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...