BELURAN: Cubaan seorang ibu menyelamatkan dua anak perempuannya dengan keluar melalui tingkap jeriji gagal kerana ia berkunci menyebabkan ketiga-tiga beranak itu rentung dalam kebakaran membabitkan rumah kedai yang mereka diami di Jalan Lama Beluran Dua, di sini, malam kelmarin.
![]() |
MARAK...rumah kedai di Jalan Lama Beluran Dua, pekan Beluran yang terbakar, kelmarin. |
![]() |
ANGKAT...anggota polis membawa mayat mangsa dari bahagian atas rumah kedai terbabit. |
Kebakaran itu memusnahkan sebahagian daripada ruangan restoran dan Pejabat Perhubungan Parlimen Beluran yang terletak bersebelahan kedai menjual perkakas rumah terbabit.
Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintendan V Sivanathan berkata, ketika kejadian, mangsa bersama dua anak perempuannya tidur di tingkat atas kedai berkenaan, namun mereka terjaga apabila berlaku kebakaran dan cuba menyelamatkan diri.
sumber- HMetro
0 comments:
Post a Comment