Friday, November 30, 2012

Pembantu rumah maut terjatuh kondominium

Pembantu rumah maut terjatuh kondominium

PETALING JAYA: Seorang pembantu rumah warga Indonesia sempat meninggalkan nota serta nombor telefon yang dibuang dari tingkat sembilan sebuah kondominium di Kota Damansara meminta tolong supaya mencarikannya pekerjaan baru sebelum dia ditemui maut selepas terjatuh, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, wanita berusia 30-an itu yang baru beberapa bulan bekerja dengan majikannya bertindak nekad melarikan diri dengan memanjat balkoni, namun tergelincir sebelum terjatuh dan maut di tempat kejadian.

Pembantu rumah maut terjatuh kondominium
MALANG...mayat mangsa diusung ke dalam trak untuk dibawa ke hospital.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa dipercayai cuba melarikan dari rumah majikannya selepas penemuan bungkusan pakaian dan nota yang turut berada di bawah kondominium itu.

Menurutnya, pihaknya percaya mangsa membuang bungkusan baju dan nota terbabit terlebih dahulu sebelum dia bertindak berani memanjat balkoni dalam percubaannya untuk melarikan diri.

“Bagaimanapun, tindakannya itu tidak berhasil selepas gagal mengimbangi badan dan terjatuh dari tingkat sembilan serta maut di tempat kejadian.

sumber- HMetro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...