Thursday, November 29, 2012

Dibunuh sebab muzik

MIAMI: Seorang remaja di Florida, ditembak mati oleh lelaki yang beberapa minit sebelum itu telah meminta mangsa dan rakannya mengurangkan bunyi muzik dari stereo kereta mereka, kata pegawai polis, semalam.

Leftenan Rob Schoonover dari Jabatan Sheriff berkata, Jordan Davis, 17, ditembak sekurang-kurangnya dua kali oleh Michael Dunn, seorang ahli perniagaan berusia 45 tahun yang ditahan selepas kejadian Jumaat lalu di Jacksonville.

Jordan dan Dunn (gambar kecil)
Kejadian itu berlaku apabila Dunn, seorang lelaki berkulit putih, berdepan dengan Davis, seorang lelaki kulit hitam dan memberitahunya bunyi muzik dari kereta SUV remaja itu, terlalu kuat. 

“Jordan dan Dunn bertengkar dan Dunn mengeluarkan senjata api dan menembak lapan atau sembilan kali dan peluru mengenai tubuh Jordan dua kali. Tiada mangsa lain cedera,” kata Schoonover.

Tiada senjata api lain ditemui dalam SUV itu.

Teman wanita Dunn membeli-belah di kedai berdekatan ketika kejadian itu berlaku. 

Dunn ke situ untuk menghadiri majlis perkahwinan anak lelakinya. 

Dia meninggalkan tempat kejadian dan kembali ke hotelnya tetapi polis berjaya menjejaki Dunn melalui rakaman kamera litar tertutup. 

Bapa mangsa, Ron Davis memberitahu rangkaian televisyen tempatan, dia mahu keadilan ditegakkan, “tidak kira sama ada melalui sistem perundangan” atau Tuhan. 

“Tuhan akan menghukum perbuatannya, jadi saya takkan buat apa-apa terhadapnya,” kata Davis kepada saluran televisyen WAWS. 

Februari lalu, masalah perkauman memuncak di Florida apabila seorang remaja kulit hitam tidak bersenjata, Trayvon Martin, ditembak mati oleh seorang penyelaras kejiranan Hispanik, George Zimmerman. 

sumber- AFP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...