Sunday, November 25, 2012

Unta sarkas terlepas

Seekor unta sarkas telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di sebuah jalan besar. Dikatakan haiwan padang pasir tersebut terlepas dari jagaan Ramos Brothers Circus di Los Angeles sebelum berlegar-legar di jalan raya. Unta berusia 4 tahun yang diberi nama Abdullah tersebut akhirnya berjaya ditangkap berdekatan sebuah stesen minyak selepas dikejar oleh 10 individu. Menurut jurulatihnya dari Guadalajara di Mexico, Abdullah baru pertama kalinya melarikan diri dan masih belum pernah berlaku sebelum ini.

unta terlepas
unta ditangkap
unta sarkas

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...