Friday, December 14, 2012

Bakar diri kerana lamaran ditolak

Seorang lelaki tekad membakar diri setelah lamaran untuk mengahwini teman wanitanya ditolak. Kejadian ini berlaku di bandar Qingdao, wilayah Shangdong, China pada 23 November lalu.

Lelaki berusia 38 tahun yang hanya dikenali sebagai Wu tersebut berasal dari bandar Nanchang, wilayah Jiangxi. Keadaannya kritikal dengan 60% badannya melecur.

lelaki bakar diri

Kisah cinta mereka terjalin ketika bertemu di Nanchang. Namun, setelah beberapa lama, hubungan mereka kian retak. Teman wanitanya akhirnya pulang ke kampung halaman di Qingdao dan meminta untuk berpisah.

Pada 22 November, Wu tekad memandu kereta BMW nya dari Nanchang ke Qingdao yang jaraknya kira-kira 1,100 kilometer. Dia turut membawa hadiah untuk melamar teman wanitanya. Ketika perjalanan, Wu sempat membeli bahan bakar yang dipercayai minyak gas sebagai persediaan jika lamarannya ditolak.

Kira-kira pukul 8 pagi 23 November, Wu selamat tiba ke rumah kekasihnya. Wu melamar gadis tersebut malangnya terus ditolak. Pada awalnya, gadis tersebut serta ibunya ingatkan Wu hanya bergurau hendak membakar diri. Tetapi Wu benar-benar serius menjirus minyak ke badan lalu menyalakan api.

Mereka yang terkejut dengan kejadian tersebut segera menghubungi talian kecemasan. Ketika pasukan penyelamat tiba, Wu telah cedera teruk dan terpaksa dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...