Friday, December 14, 2012

Kembar derita penyakit tulang rapuh

Amy Cowan Ava Cowan

LONDON: Sepasang kembar bakal menghadapi masa depan yang kabur apabila disahkan menghidap Osteogenesis Imperfecta (OI) yang menyebabkan tulang mereka sangat rapuh.

Bayi dari Cambuslang, South Lanarkshire itu dikenali sebagai Amy dan Ava Cowan, baru berusia lima bulan.

Penghidap OI boleh berdepan masalah patah tulang berkali-kali dan mungkin mengalaminya ratusan kali sepanjang hidup. OI jarang dihidapi dan hanya dihidapi seorang daripada setiap 15,000 penduduk Britain. Sementara itu, ibu kembar terbabit, Charmaine, berkata Amy dan Ava sangat sukar dijaga.

“Tidak kira bagaimana ada berhati-hati, tulang mereka mungkin patah,” katanya. Melalui X-ray pertama kembar itu yang dijalankan sejurus selepas dilahirkan, kata Charmaine, doktor mengesan 12 tulang patah dan bayi terbabit sangat sukar dialihkan. Kata Charmaine, keadaan itu memang menyedihkan kerana dia memang tidak tahan melihat anak-anaknya menanggung kesakitan.

Justeru, Charmaine, 29, dan suaminya, John, 30, terpaksa mengambil langkah tambahan setiap kali menguruskan Amy serta Ava. “Satu hari, saya memandikan Ava dan perlahan-lahan menggosok lengannya apabila ia tiba-tiba patah.

“Saya menjerit memberitahu suami dan kami membawa Ava ke hospital,” katanya. Namun, masalah tidak berakhir di situ.

Hanya lima minit selepas kembali ke rumah, kaki Amy pula patah ketika dia bergerak-gerak di atas katilnya. 

sumber- DM

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...