Wednesday, December 12, 2012

Sukarkah mencari cinta?

Mencari cinta bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Tambahan pula jika cinta yang dicari adalah cinta sejati. Dalam zaman serba moden ini, ramai juga yang mencari cinta melalui laman sosial seperti facebook, twitter atau sebagainya. Tetapi, ramai juga yang terpedaya dengan cinta alam maya tersebut sehingga ada yang rugi ribuan ringgit.

mencari jodoh

Lelaki ini mempunyai caranya tersendiri bukan sahaja untuk mencari cinta, malah ingin menjadikan cinta tersebut sebagai isteri. Dia sanggup memakai papan iklan untuk mengiklankan keikhlasannya. Adakah kerana dia terdesak? Mungkin juga agen mencari jodoh menawarkan kos perkhidmatan yang tidak mampu ditanggung olehnya. Alasan sebenar hanya dia sendiri yang ketahui.

mencari cinta

Perkara ini benar-benar berlaku di Nanjing, Wilayah Jiangsu, Timur China. Umur lelaki ini menjangkau 32 tahun dan bekerja dalam sektor pembinaan. Telatah peliknya dirakamkan pada 26 April lalu. Tidak pasti sama ada dia telah memperoleh cinta yang dicari atau tidak. Mudah-mudahan tindakan GILA nya ini berbaloi.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...