2020525

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Thursday, August 15, 2013

Kisah sedih permintaan terakhir gadis penghidap kanser

Seorang gadis berusia 10 tahun mempunyai kehendak untuk menonton filem Disney-Pixar, 'Up'. Malangnya, gadis tersebut diserang kanser tahap kronik dan tidak mampu untuk menontonnya di wayang. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan bagi memenuhi permintaannya, akhirnya seorang kenalan keluarganya menghubungi studio Pixar. Pihak Pixar telah menghantar salinan DVD filem tersebut ke rumahnya walaupun pada masa tersebut ianya hanya ditayangkan di pawagam. Ibu...

Cincin kahwin yang dihilangkan selama 16 tahun ditemui pada lobak

Pada tahun 1995, seorang wanita Sweden, Lena Paahlsson telah kehilangan cincin perkahwinannya di dapur. Dia mencari di serata pelusuk rumahnya, namun usaha tersebut ternyata sia-sia. Walau bagaimanapun, Lena tidak putus harapan dan masih mahu menemui cincinnya semula. Setelah 16 tahun kehilangannya, akhirnya Lena menemui semula cincin tersebut. Apa yang menghairankan ialah, cincin tersebut tersangkut pada lobak merah yang dikutipnya di kebun....

Monday, August 5, 2013

Isteri selamatkan suami yang cuba bunuh diri

Tanggungjawab seorang isteri bukanlah menjadi pasangan hidup kepada suami semata-mata. Ianya lebih dari itu, malah adakalanya si isteri terpaksa bertindak menjadi perwira bagi menyelamatkan si suami. Kejadian yang berlaku di Changchun, China ini amat mengejutkan. Seorang isteri telah memegang pergelangan kaki suaminya setelah si suami terjun dari tingkap pangsapuri rumah mereka dalam cubaan untuk membunuh diri. Dikatakan si suami tersebut...

Tuesday, July 30, 2013

Nenek terperangkap di bawah bas, orang ramai berhenti sekadar untuk menangkap gambar.

Gambar yang amat menyentuh perasaan ini mula tersebar di laman Weibo. Antara petikan pada gambar tersebut ialah 'tiada sesiapa yang mahu membantu mangsa kerana masing-masing sedang sibuk menangkap gambar.' Kemalangan tersebut berlaku di bandar Xi'an, China. Dikatakan mangsa yang berusia sekitar 60-an tersebut sedang melintas jalan bersama cucunya. Tidak semena-mena dia dilanggar oleh sebuah bas awam lalu terperangkap di bawahnya. Orang ramai...

Sunday, July 21, 2013

Kisah remaja bersikap kebudak-budakan menaiki kereta api

Seorang remaja berusia 24 tahun kelihatan amat teruja menaiki kereta api sambil menjerit-jerit di tetingkap. "Ayah, tengok tu, pokok-pokok tu ketinggalan di belakang!" Ayahnya hanya tersenyum manakala sepasang kekasih yang turut berada disitu berada tidak selesa dengan sikap kebudak-budakannya. Sekali lagi dia menjerit "Ayah, awan-awan di langit tu ikut kita!" Akhirnya pasangan tersebut bersuara kepada si ayah, "Kenapa pak cik tidak membawa anak...

Cimpanzi yang pandai memasak

Mungkin anda sudah biasa merasai masakan dari air tangan manusia. Adakah anda ingin mencari kelainan dengan merasai sebuah masakan yang dihasilkan oleh seekor cimpanzi? Agak sukar untuk dipercayai bahawa seekor cimpanzi yang berusia sekitar 31 tahun bukan sahaja mampu menyalakan api sendiri malahan pandai memasak. Semenjak kecil, Kanzi yang tinggal bersama kawanan monyet Great Ape Trust of lowa, sering menonton filem yang berjudul "The Struggle...

Monday, July 15, 2013

Free No WiFi Zone

Perkhidmatan WiFi Percuma ditawarkan hampir di mana sahaja tempat yang kita pergi. Orang ramai pula sentiasa sibuk melayari internet dengan menggunakan kemudahan tersebut. Sebuah syarikat berjenama terkenal iaitu Kit Kat melihat ianya adalah satu kelebihan kepada mereka. Bersesuaian dengan slogan Rehatlah Bersama Kit Kat, syarikat ini tidak menawarkan perkhidmatan WiFi Percuma sebagaimana yang dilakukan oleh syarikat lain, sebaliknya mereka menawarkan...

Saturday, July 13, 2013

Kisah cinta sejati seorang suami terhadap isterinya

Di South Carolina, kelihatan seorang lelaki berusia 78 sedang memakai papan tanda bagi meminta pertolongan orang ramai untuk menyelamatkan isteri yang telah dikahwininya selama 57 tahun yang menderita akibat masalah buah pinggang.  Larry Swilling amat menyintai isterinya, Jimmie Sue, dimana mereka telah berkahwin 57 tahun yang lalu. Kasih sayang mereka teruji apabila isterinya amat memerlukan pemindahan buah pinggang. Malangnya tiada seorang...

Friday, July 5, 2013

Wanita ketagihan darah babi

Seorang wanita mengakui terpaksa melalui rutin harian seperti pontianak kerana mengalami masalah ketagihan darah. Michelle, telah mula meminum darah babi semenjak berusia remaja. Dia mengatakan emosinya kurang baik apabila tidak melakukan perbuatan tersebut. " Darah sangat penting bagi saya bagaikan air," katanya ketika muncul dalam sebuah rancangan televisyen. "Saya suka meminumnya ketika sedang membaca, berehat, menonton televisyen, dan melukis....

Monday, July 1, 2013

Bayi berekor di China

Seorang ibu di China merayu pada doktor bagi membantu membuang ekor anaknya, Ekor tersebut mempunyai kepanjangan sehingga tiga inci dan melekat di belakang bayinya yang baru berusia tujuh bulan. Xiao Wei dilahirkan dengan keadaan spina bifida, dengan kata lain tulang belakangnya tidak membentuk dengan betul. Hasilnya, tulang tersebut menonjol keluar dan terus berkembang. Chen, ibu kepada Xiao dari Guangdong berkata, "Kami telah meminta pakar...

Tuesday, June 25, 2013

Bedah diri-sendiri

Pada tahun 1961, Leonid Rogozov, 27, merupakan satu-satunya pakar bedah yang mengikuti Ekspedisi Soviet Antartik. Semasa ekspedisi tersebut, perutnya terlalu sakit serta mengalami demam. Rogozov memeriksa dirinya sendiri dan mendapati apendiksnya mengalami radang dan akan pecah pada bila-bila masa. Dengan mengenakan bius, akhirnya dia melakukan pembedahan terhadap diri sendiri bagi membuang apendiks tersebut. ...

Tuesday, June 18, 2013

Kereta polis untuk disewa

Tiada sesiapa yang memerlukan sistem keselamatan rumah yang canggih apabila terdapat kereta polis yang diletakkan di luar rumah mereka. Idea menyewakan kereta polis palsu ini dicetuskan oleh seorang usahawan Switzerland, Andras Birrer dimana ianya dikhususkan untuk mereka yang sedang bercuti dan meninggalkan rumah mereka dalam jangka masa yang panjang. Ianya bermula sebagai sebuah iklan gimik dari sebuah akhbar tempatan dimana terletaknya kampung...

Sunday, June 9, 2013

Monyet berhati mulia

Dua individu buta ingin meminum air di Kuil Ragigudda yang terletak di Bangalore, India. Apabila mereka mengalami kesukaran untuk membuka paip air, seekor ibu monyet datang membantu dengan membukakan pili tersebut untuk mereka. Monyet dan kedua-dua individu tersebut dilihat saling berkongsi air dari pili yang sama dan apabila selesai, haiwan ini menutup semula pili yang digunakan dan meninggalkan tempat tersebut. ...

Thursday, May 30, 2013

Peminat tulis surat guna darah haid kepada artis

Mungkin kita pernah terdengar tentang sesetengah peminat fanatik bagi mana-mana artis yang sanggup mencederakan diri serta menulis surat dengan menggunakan darah sendiri semata-mata untuk idola mereka. Namun apa yang berlaku di sini agak berbeza. Seorang peminat setia artis k-pop yang terkenal, Taecyeon telah menulis surat kepada artis tersebut dengan menggunakan darah haidnya. Setelah diterjemahkan, isi kandungan surat tersebut berbunyi...

Tuesday, May 28, 2013

Mahu terjun bunuh diri kerana tidak diberikan rokok

Seorang wanita China telah mengugut untuk terjun dari tingkat lima sebuah bangunan hospital melainkan jika dia diberikan rokok. Jia Li Pan, 24, telah pergi ke sebuah hospital yang terletak di Zhongshan, wilayah Guangdong, untuk menjalani sesi kaunseling setelah mengalami kesukaran hihup termasuklah hilang pekerjaan. Dia sedang berada di bilik menunggu semasa meminta sebatang rokok dari pesakit lain. Namun, pesakit tersebut tidak mahu memenuhi...

Sunday, May 26, 2013

Benarkah Taj Mahal dibina atas cinta sejati?

Taj Mahal sering dikaitkan sebagai monumen percintaan. Namun, benarkah ianya dibina dari kasih sayang yang benar-benar ikhlas antara Shahjahan dan juga Mumtaz. Terdapat beberapa fakta mengenai pasangan tersebut yang mungkin agak memeranjatkan dan mengundang perspektif negatif bagi mereka yang mengagungkan monumen ini. 1. Mumtaz merupakan isteri ke-4 dari 7 orang isteri Shahjahan. 2. Shahjahan membunuh suami Mumtaz bagi membolehkan untuk mengahwininya. 3....

Friday, May 24, 2013

Berpindah sambil mengusung rumah sejauh 270 batu

Bagaikan seekor siput, seorang lelaki telah mengusung rumahnya sendiri dengan memikulnya di atas bahu lalu meneruskan perjalanan sejauh 270 batu. Liu Lingchao meninggalkan Bandar Wuzhou di Barat Daya China beberapa bulan yang lalu dan tiba di Bandar Liuzhou semalam. Rumah ini telah dihasilkan sendiri oleh Liu sejak lima tahun yang lalu dan mempunyai beban seberat 130 paun. Ianya diperbuat menggunakan tiang buluh dan kemudiannya digabungkan...

Tuesday, May 21, 2013

11 hari yang hilang dalam sejarah dunia

Fakta menarik mengenai tahun 1752. Jika dilihat pada bulan September 1752, anda akan perasan bahawa terdapat 11 hari yang hilang pada bulan tersebut. Bagaimana ini terjadi? Penjelasannya ialah, pada bulan tersebut, kerajaan England telah menukar penggunaan kalendar Roman Julian kepada kalendar Gregorian. Tahun bagi kalendar Julian dikatakan adalah 11 hari lebih panjang berbanding kalendar Gregorian. Raja England pada ketika itu telah mengarahkan...

Monday, May 20, 2013

Pistol berkamera yang antik

Pistol yang digabungkan bersama kamera ini telah dicipta dan digunakan pada tahun 1938 di sekitar Bandar New York. Tarik picunya dan pada masa yang sama ia akan menangkap gambar sasaran ketika peluru dilepaskan. Beratnya adalah 170 gram dan mempunyai lensa sepanjang 4 cm. Mungkin teknologi sebegini perlu diteruskan bagi memudahkan pihak polis mendapatkan bahan bukti jika berlakunya tembak-menembak bersama penjenayah atau bagi merakamkan imej...

Friday, May 10, 2013

Video: Aksi askar wanita dari China yang amat berbahaya

Ingat sama macam baling belon air ke grenade tu boleh baling dekat-dekat? Mujurlah jurulatih tu sempat ambil langkah drastik bawa lari askar wanita tu bersembunyi, kalau tau mau bersepai daging diorang ni. Agaknya jurulatih tu pun dah serik nak mengajar lepas ni dan tentera wanita tu pun mungkin diharamkan untuk memegang grenade seumur hidup. Kalau macam ni lah caranya, lebih sesuai bagi tugasan di dapur. ...

Wednesday, May 8, 2013

Gambar Adolph Hitler berseluar pendek yang diharamkan

Gambar-gambar ini diambil sendiri oleh jurufoto  peribadi Adolph Hitler sekitar tahun 1920-an. Imej-imej tersebut jelas menunjukkan beliau sedang memakai seluar pendek. Namun, ianya kemudiannya diharamkan olehnya kerana dikatakan 'menjatuhkan maruah seseorang'. ...

Tuesday, May 7, 2013

Manusia burung hantu

Martin Joe Laurello, atau nama sebenarnya Martin Emmerling, dilahirkan di Jerman sekitar tahun 1886. Menariknya, dia mampu memusingkan kepalanya 180 darjah seperti seekor burung hantu. Martin pernah mengikuti beberapa kumpulan pertunjukkan seperti Ripley's Believe it or Not, Ringling Brothers, dan Barnum & Bailey bagi memperlihatkan kebolehan luar biasanya. Dia telah berhijrah ke Amerika pada tahun 1921. Dia turut melatih beberapa ekor anjing...

Monday, April 29, 2013

Lelaki paling malang dan paling bertuah di dunia

Frane Selak dilahirkan pada 1929. Hidupnya dianggap amat malang kerana sering ditimpa kemalangan maut, tetapi dia amat bertuah kerana dapat terkeluar dari kemalangan tersebut hidup-hidup. Kemalangan pertamanya berlaku pada musim sejuk, Januari 1962. Ketika itu Selak sedang menaiki kereta api ke Dubrovnik. Secara tiba-tiba tren yang dinaiki tergelincir ke dalam sungai beku dan mengorbankan 17 orang penumpang. Selak dapat keluar dari situ dengan...

Sunday, April 28, 2013

Tahi gajah mampu selamatkan nyawa manusia

Jika anda tersesat di dalam hutan khususnya di Afrika, sudah pastilah anda mulai risau apatah lagi jika terserempak dengan jejak haiwan liar. Namun begitu, anda boleh dikatakan amat beruntung jika terserempak dengan tahi gajah. Sukar dipercayai sebenarnya tahi gajah mampu menyelamatkan nyawa individu yang tersesat. Jika dinyalakan api pada tahi gajah, ianya mampu menghasilkan asap dalam jangka masa yang panjang sekali gus membantu anda untuk...

Saturday, April 27, 2013

Ayah sembunyi mayat anak dalam beg bawa naik bas awam

Seorang ayah tertangkap setelah cuba menyeludup mayat anaknya yang berusia dua tahun ke dalam bas dengan diletakkan di dalam beg. Kanak-kanak tersebut disahkan mati akibat jangkitan tangan, kaki, dan mulut. Yang Cheng, 35, bersama isterinya Lin Sun menuntut mayat Li di Hospital Hefei yang terletak di wilayah Anhui sebelum dimasukkan ke dalam beg. Mereka kemudiannya pergi ke stesen bas berdekatan untuk manaiki kenderaan pulang ke kampung...

Wednesday, April 24, 2013

Kata-kata terakhir Marlboro Man

Seorang artis yang memainkan peranan sebagai "Marlboro Man" dalam percetakan serta iklan rokok di televisyen meninggal dunia akibat kanser paru-paru ketika berusia 51 tahun pada Julai 1992. Antara kata-kata terakhirnya ialah, " Jagalah anak-anak anda. Tembakau boleh membunuh anda, dan kehidupan saya telah membuktikannya." ...

Monday, April 22, 2013

Rumah sumpahan, enam kali dirempuh kenderaan

Rumah ini mungkin terkena sumpahan atau secara logiknya mungkin disebabkan lokasinya yang tidak bersesuaian. Sama ada percaya atau tidak, tembok di hadapan rumah tersebut dirempuh sebanyak enam kali oleh pelbagai jenis kenderaan dalam masa dua setengah tahun. Sepasang suami isteri yang tinggal di rumah tersebut mengatakan mereka agak malang apabila tiada sesiapa yang mahu membeli rumah mereka setelah mengetahui apa yang berlaku. Tom Wardle, 67,...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...