Seorang ayah tertangkap setelah cuba menyeludup mayat anaknya yang berusia dua tahun ke dalam bas dengan diletakkan di dalam beg. Kanak-kanak tersebut disahkan mati akibat jangkitan tangan, kaki, dan mulut.
Yang Cheng, 35, bersama isterinya Lin Sun menuntut mayat Li di Hospital Hefei yang terletak di wilayah Anhui sebelum dimasukkan ke dalam beg.
Mereka kemudiannya pergi ke stesen bas berdekatan untuk manaiki kenderaan pulang ke kampung halaman di Quqiu.
Namun rahsia tersebut terbongkar apabila seorang kakitangan meletakkan beg tersebut di mesin pengimbas keselamatan dan menemui terdapat kanak-kanak berada di dalamnya.
Pihak polis dipanggil dan Yang terpaksa disiasat. Dia memberitahu bahawa dia terpaksa berbuat sebegitu kerana begitu terdesak dan tidak mampu menggunakan perkhidmatan kereta mayat. Lelaki tersebut kemudiannya dilepaskan tanpa sebarang tindakan dan menyewa teksi untuk meneruskan perjalanan ke rumahnya.
"Kami tidak kaya dan pengurusan jenazah mengenakan bayaran yang mahal. Ianya dilakukan dengan sempurna dan penumpang lain tidak akan tahu apa-apa jika kakitangan syarikat bas tidak membuat kecoh," kata Yang.
Jurucakap polis berkata, "Ianya amat dilarang untuk membawa mayat menaiki kenderaan awam, terutamanya dengan cara yang menjatuhkan maruah. Ianya menjadi tradisi untuk membawa pulang mayat ke rumah, tetapi bukanlah bermakna ianya boleh disumbatkan ke dalam beg."
0 comments:
Post a Comment