Wednesday, January 2, 2013

Jambatan gantung paling bahaya di dunia

Mungkin kita pernah melihat jambatan sebegini dalam beberapa filem pengembaraan seperti Indiana Jones atau sebagainya. Jambatan Tergantung Hussaini yang terletak di Utara Pakistan ini merupakan antara titian tali paling bahaya di dunia. Ianya amat tidak sesuai untuk digunakan oleh mereka yang lemah semangat dan berbadan besar. Tambahan pula jambatan itu sendiri sudah terlalu usang, sempit, malah banyak kayu pelapitnya sudah hilang.

jambatan gantung

Bayangkanlah jambatan yang sebegitu rupa masih ramai yang sanggup menggunakannya. Bukan sahaja digunakan oleh kaum lelaki, malah turut digunakan oleh kaum wanita. Ini kerana, jambatan tersebut merupakan satu-satunya kemudahan yang mereka ada untuk menyeberang.

jambatan bahaya

Kelihatan jambatan ini dibangunkan dengan dua trek berkembar. Tidak tahu tujuan asalnya. Mungkin juga kedua-dua trek ini dibina dengan haluan bertentangan. Namun salah satu dari trek tersebut seperti sudah menanti rebah. Jambatan Tergantung Hussaini didirikan untuk menyeberang Tasik Borit. Jambatan ini juga menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke sana.

titi gantung
jambatan
titi

2 comments:

  1. mak aih..jambatan apa ni??? menakutkan je.hahahaha

    ReplyDelete
  2. itula cabaran hidup...hidup or mati adalah ketentuan Allah,apa nak risau

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...