Washington: Pasangan di Amerika Syarikat sering memilih untuk meraikan majlis perkahwinan mereka dengan melepaskan tembakan senjata api pilihan masing-masing.
Dalam senario yang pelik, mereka juga bergambar dengan senjata api pada hari istimewa itu dengan melangsungkan perkahwinan mereka di kedai senjata api, The Gun Store di Las Vegas.
‘Perkahwinan bersenjata’ masih terbukti popular walaupun kejadian pembunuhan beramai-ramai di Sekolah Rendak Sandy Hook bulan lalu mencetuskan perdebatan hangat mengenai dasar kawalan senjata api di Amerika Syarikat.
Penganjur The Gun Store nenegaskan, tidak ada majlis perkahwinan dibatalkan walaupun selepas tragedi itu.
Pakej berharga RM1,500 itu, termasuk khidmat paderi, akses kepada padang sasar VIP persendirian dan setiap lima das tembakan untuk pengantin lelaki dan perempuan.
Emily Miller yang bertugas sebagai paderi di kedai itu berkata: “Kami berada di sini kerana orang sukakan satu sama lain dan senjata api.
Sepasang pengantin datang dari Ottawa, Kanada tempat undang-undang senjata lebih ketat berbanding Nevada. Bilik gereja, yang biasanya digunakan untuk membersihkan senjata, ditaburkan dengan kelopak bunga ros.
Sepucuk senjata UZI dan Tommy digantung di atas pentas.
Mereka kemudian bergerak ke lapang sasar untuk mengikat ikrar mereka dengan menembak menggunakan senjata yang disediakan.
sumber- DM
0 comments:
Post a Comment