Tuesday, January 8, 2013

Raja dadah ditahan setelah gambar teman wanita bergambar dengan duit tersebar

Seorang raja dadah dari China ditahan polis setelah imej teman wanitanya bergambar dengan duit haram bernilai lebih dari 300,000 yuan tersebar di internet.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Fu tersebut bekerja sebagai GRO di sebuah kelab malam di Zhenjiang, wilayah Jiangsu, China. Teman lelakinya yang dikenali sebagai Chen berusia sekitar 50-an amat dikehendaki polis kerana mengetuai aktiviti pengedaran dadah di sekitar wilayah Jiangsu dan Fujian.

Ketika Chen ditahan pada penghujung Disember lalu, polis menemui  lebih 1kg methamphetamine berada dalam keretanya. Dua konconya yang lain turut ditahan polis.

bergambar dengan duit

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...