Tuesday, January 8, 2013

Filem porno dimainkan ketika berita ke udara

Sebuah stesen televisyen di Sweden dikejutkan dengan filem porno yang dimainkan tanpa sengaja ketika sebuah program televisyen disiarkan secara langsung.

Filem porno dimainkan ketika berita ke udara

Program televisyen tersebut ke udara di saluran TV4 pada awal pagi semalam. Para penonton amat terkejut setelah melihat salah sebuah skrin di belakang bilik berita memainkan filem dewasa sepanjang segmen mengenai pergolakan politik dan peperangan di Syria.

Filem porno dimainkan ketika berita ke udara

Filem dewasa tersebut dimainkan selama sepuluh minit sebelum disedari oleh pihak pengurusan. "Saya sangkakan saya telah tersilap, tetapi tidak lama kemudian pergerakannya jelas menunjukkan bahawa ia benar-benar filem porno," kata salah seorang penonton siaran tersebut.

Syarikat induk kepada TV4 ini turut mempunyai beberapa saluran lain yang menyiarkan filem dewasa pada waktu malam. Dikatakan skrin di bilik berita ini disambungkan dengan komputer syarikat.

Filem porno dimainkan ketika berita ke udara

"Tiada sesiapa yang sedang duduk dan menonton filem tersebut," kata Andreas Hagling, editor pengurusan TV4News.

"Ianya seperti dalam proses memuat turun dari salah sebuah server di bangunan ini dan filem tersebut dimainkan secara tidak sengaja. Kami menutupnya secepat mungkin. Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku dan  ianya tidak akan berulang lagi".

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...