Monday, January 28, 2013

Sekolah dengan hanya seorang pelajar di China

Seorang pelajar berusia 7 tahun sentiasa bersendirian bersama gurunya. Bukanlah disebabkan tiada kawan, tetapi disebabkan dialah satu-satunya pelajar yang terdapat di sekolah tersebut.

Sekolah dengan hanya seorang pelajar di China

Zhang Siqi merupakan satu-satunya pelajar yang masih belajar di sebuah sekolah yang terletak di Nanou, wilayah Fujian, China, berikutan penghijrahan penduduk kampung ke bandar.

Gadis yang dilahirkan dengan masalah tulang belakang tersebut diajar bersendirian oleh seorang guru yang bernama Zhang Wanjia. Sekolah tersebut dibuka semula disebabkan masalah kecacatan yang dialaminya dan ianya berdekatan dengan rumah Siqi.

Sekolah dengan hanya seorang pelajar di China

Namun begitu, Siqi tidak bebas melakukan apa sahaja yang dikehendaki walaupun dialah satu-satunya pelajar di sekolah tersebut. Siqi perlu mengikuti aktiviti kokurikulum kebangsaan melibatkan permainan bola keranjang dan berlari bersama guru. Dia juga perlu mengambil bahagian untuk perhimpunan mingguan dengan menaikkan bendera negara.

Gurunya pula mengakui bahawa mengajar dengan hanya seorang pelajar bukanlah sesuatu yang mudah seperti apa yang dilihat. "Apabila saya berada di pejabat, tiada sesiapa yang boleh bersembang dengan saya."

Nenek Siqi yang berusia 76 tahun dan bekerja di ladang teh tempatan berkata, " Siqi  amat bertimbang rasa. Dia tidak membenarkan saya untuk bekerja kerana saya terlalu tua dan mungkin merbahaya kepada saya."

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...