Jakarta: Selepas hidup tanpa hidung selama tiga tahun, seorang wanita kembali tersenyum apabila kecacatan itu diatasi dengan bantuan artis kesan khas yang pernah memenangi anugerah Oscar.
Yustince, 30, mengalami kecacatan itu selepas hidungnya dipotong suaminya dengan pisau. Sejak detik malang itu, Yustince menutup kesan kecederaan itu dengan kain kasa.
Namun, dengan bantuan sebuah pertubuhan amal Yayasan Kebakaran Grossman, seorang artis berpangkalan di Hollywood, Alec Gillis diminta menyiapkan hidung palsu untuk Yustince.
Kepakaran seni mekap Gillis pernah digunakan dalam banyak filem, termasuk Jumanji, Alien vs Predator dan Cast Away.
Kata Gillis, biasanya dia menggunakan kepakaran untuk mencipta imej menakutkan orang ramai. Gills menghasilkan sejumlah prototaip menggunakan gambar dan ukuran muka Yustince.
Hidung palsu itu boleh digam terus ke muka dan boleh dilekatkan menggunakan magnet dan diklip ke cermin mata.
sumber- DM
0 comments:
Post a Comment