Monday, February 4, 2013

Gadis 10 tahun bawa kereta ibu rempuh kedai

Seorang gadis berusia 10 tahun dari Sierra Vista telah merempuh sebuah pasar mini, Circle K, yang terletak di selatan bandar Arizona dengan menggunakan kereta ibunya Khamis lalu.

Gadis 10 tahun bawa kereta ibu rempuh kedai

Berdasarkan polis, Linda Morales, 31, ibu kepada gadis tersebut membenarkan anaknya memandu 1989 Plymouth Breeze miliknya. Dia sempat memandu kurang dari sebatu sebelum rempuhan tersebut.

Gadis tersebut memberitahu polis bahawa dia telah tersilap menekan pedal minyak yang disangkakan brek menyebabkan kereta tersebut terus merempuh kedai. Tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan namun kerosakan akibat rempuhan agak teruk.

Morales ditahan untuk disoal siasat dan kemudiannya dilepaskan kerana membenarkan individu dibawah umur untuk memandu.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...