Friday, February 8, 2013

Gadis hampir mati dirempuh kereta api

Saat dramatik apabila seorang pelajar China hampir maut setelah dilanggar oleh kereta api yang bergerak dengan kelajuan 90mph ketika dia cuba untuk bergambar bersebelahan dengan kereta api tersebut.

Gadis hampir mati dirempuh kereta api

Xiao Li, 20, meminta rakannya Xiao Qing untuk mengambil gambarnya dengan gaya rambut berterbangan ketika sebuah kereta api melepasinya di Shadong, Wilayah Hunan, China.

Namun ketika Li mencari posisi yang bersesuaian, kakinya tersadung pada batu menyebabkan dia termasuk ke laluan kereta api dan bahu kirinya terus dirempuh.

Risau dengan apa yang berlaku, pemandu kereta api tersebut segera menekan brek. Mujurlah tiada kecederaan serius yang dialami Li melainkan lebam pada bahunya.

Gadis hampir mati dirempuh kereta api

"Saya terasa seperti dihentam dan terpelanting ke tepi. Pemandu kereta api tersebut berhenti dan mungkin menyangkakan saya telah terbunuh. Saya tidak menyangka bahawa saya terlalu hampir dengan kereta api tersebut. Bahu saya lebam teruk tetapi mujurlah saya masih hidup. Mungkin lain kali saya akan mengambil gambar di kawasan tertutup sahaja," kata Li.

Seorang jurucakap polis berkata, "Ianya menyalahi undang-undang apabila mengganggu laluan kereta api namun Li seakan telah menghukum dirinya sendiri"

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...