Hotel ini mempunyai undang-undang kelakar yang tercatat pada papan kenyataan dengan berbunyi, 'Dilarang menjilat dinding'. Ini kerana keseluruhan hotel tersebut diperbuat daripada garam termasuklah meja, kerusi, malah lantai juga disaluti garam.
Hotel Garam (Salt Hotel) yang terletak di Bolivia ini dibina pada tahun 1993. Ianya memuatkan 15 bilik tidur, dewan makan, ruang tamu, dan sebuah bar. Dindingnya diperbuat daripada blok ketulan garam yang dilekatkan bersama dengan menggunakan air dan juga garam. Konsepnya sama seperti melekatkan batu-bata dengan menggunakan simen.
Ketika musim hujan, dinding hotel ini akan diperkukuhkan dengan blok garam yang baru sementara pemilik hotel tersebut melarang para tetamu untuk menjilat dinding bagi mengelak ianya runtuh.
bes gak kalau honeymoon kat sini haha
ReplyDelete