Detik cemas apabila seorang jurulatih dibaham sehingga mati oleh seekor harimau Bengal ketika melakukan persembahan. Insiden tersebut sempat dirakamkan dan menunjukkan detik dimana Alexander Crispin, 35, diserang haiwan tersebut ketika persembahan Circo Suarez di Etchojoa.
Berdasarkan laporan, mangsa mengalami kecederaan serius termasuklah gigitan pada leher ketika dia diheret mengelilingi sangkar oleh seekor dari dua ekor harimau yang berada di situ. Dia kemudiannya meninggal dunia di hospital selepas kehilangan banyak darah.
Video yang dimuat naik ke laman Youtube ini memaparkan babak dimana mangsa diterkam dan tertiarap ke tanah. Para penonton yang panik menjerit dan segera meninggalkan arena. Dalam masa yang sama, rakan-rakan mangsa bergegas ke lokasi kejadian dan memukul harimau tersebut dengan apa sahaja yang sempat dicapai untuk menyelamatkan mangsa.
haiwanpun pasti berontak tuh
ReplyDelete