Saturday, February 9, 2013

Pelancong nekad duduk atas bumbung kereta kabel

Dua orang pelancong membahayakan nyawa mereka dengan memanjat bumbung sebuah kereta kabel dengan ketinggian kira-kira 3,000 kaki pada paras gunung. Malah, kedua-dua lelaki tersebut turut menikmati snek makanan ringan di atas bumbung kereta kabel itu yang terletak di Taman Negara Qingtianhe, China.

aksi berani mati

Pada mulanya mereka berdua duduk di dalam kabin yang disediakan, namun disebabkan keinginan untuk melihat pemandangan yang lebih menarik, mereka terus memanjat disamping membawa bekalan makanan.

Pelancong lain hanya melihat gelagat mereka dari dalam kereta kabel masing-masing. Salah seorang dari lelaki tersebut memegang wayer pada kereta itu manakala seorang lagi langsung tidak memegang apa-apa dan kakinya turut terjuntai ke bawah.

"Kami tidak percaya dengan apa yang kami lihat. Selepas beberapa minit, mereka membuka pintu dan terus memanjat lalu duduk bersantai di atas bumbung," kata salah seorang saksi.

Pegawai taman yang terletak di Jiozuo, wilayah Henan tersebut memberi amaran kepada pelancong lain. "Penumpang harus duduk didalam kereta sebagai langkah keselamatan. Kereta kabel mungkin akan berhayun apabila ditiup angin atau mungkin tersentak jika berlaku masalah teknikal. Sesiapa yang melakukan perkara sebegitu boleh mengundang kematian. Perbuatan tersebut adalah bodoh dan kami memberi amaran supaya tidak membahayakan nyawa masing-masing."

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...