Saturday, February 9, 2013

Video: Aksi wanita nekad enggan ditahan polis

Seorang wanita telah ditahan polis di Dunhuang, wilayah Gansu, China, kerana dikatakan telah melakukan kesalahan trafik. Dia diarahkan keluar namun enggan memberi kerjasama.

pemandu wanita

Wanita tersebut bukan sahaja tidak mahu keluar dari kenderaannya malah turut menekan minyak bagi melarikan diri. Seorang daripada anggota polis yang terbabit mengambil langkah drastik dengan menerkam ke atas hood kereta tetapi wanita tersebut tetap berdegil tidak mahu berhenti.




"Tolong hentikan kenderaan cepat!" arahan dikeluarkan oleh anggota polis tersebut. "Saya takut, apa yang kamu semua mahu lakukan?" jawab wanita itu. Setelah 5 kilometer, barulah kereta tersebut diberhentikan. Wanita tersebut dibawa ke balai polis untuk siasatan dan diambil tindakan undang-undang.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...