Monday, February 18, 2013

Pengangkutan awam yang unik di Filipina

Habal-habal merupakan pengangkutan terkenal di Filipina terutamanya di sekitar Mindanao. Ianya sebenarnya hanyalah sebuah motorsikal biasa yang menggunakan dua tayar tetapi diubahsuai sehingga mampu menampung antara lima hingga enam orang penumpang dalam satu masa. Kadar tambang yang dikenakan bergantung kepada jarak destinasi malah adakalanya harga yang ditawarkan berbeza-beza kerana tiada penyelarasan tambang yang dibuat oleh kesemua pemandu habal-habal.

Pengangkutan awam yang unik di Filipina

Habal-habal kini turut dikenali sebagai "Iskaylab" yang dipercayai diambil dari nama sebuah satelit Amerika Syarikat bernama "Skylab" yang terhempas ke bumi pada tahun 1979. Ini kerana, keadaan kenderaan tersebut sendiri seakan sebuah satelit dimana kebanyakan daripadanya turut mempunyai kepak. Namun pelbagai versi lain dari mana asalnya perkataan tersebut masih menjadi pertikaian antaranya ada yang mengatakan ianya berasal dari perkataan tempatan "sakay na, lab!" yang bermaksud "dapatkan cinta!"

Pengangkutan awam yang unik di Filipina

Keunikan menaiki habal-habal ini dapat dirasai apabila pemandunya akan mengimbangkan kenderaan dan penumpang akan duduk di bahagian tempat duduk tambahan yang telah disediakan. Mungkin ramai yang takut untuk menaiki kenderaan ini namun ianya adalah kenderaan yang amat jarang dijumpai di tempat lain.

Pengangkutan awam yang unik di Filipina
Pengangkutan awam yang unik di Filipina

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...